Nuffnang Ads


Monday, April 15, 2013

PRU 13 : Ali Rustam pindah pergi Parlimen...



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin antara nama yang digugurkan oleh BN Melaka sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

 Gugur..!!


Selain itu, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr Fong Chan On dan EXCO Pertanian dan Pembangunan Desa, Datuk R Perumal turut tidak tersenarai sebagai calon.
Mengumumkan perkara itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata turut digugurkan ialah Mohd Yazed Khamis (Rim) dan Datuk Tahir Hassan (Paya Rumput).


Mohd Ali yang berpindah kerusi Parlimen Bukit Katil, turut mengumumkan beberapa muka baru, iaitu Zaidi Attan (Serkam); Datuk MS Mahadevan (Gadek); Datuk Dr Abu Bakar Md Diah (Parlimen Tangga Batu); Sazali Md Din (Paya Rumput); Sulaiman Ali ( Lendu) dan Karim Yaacob (Bukit Baru). 
 
 
 

No comments: