Tinggal kurang 12 jam sahaja lagi waktu berkempen.. masuk waktu kritikal bagi calon-calon yang bertanding untuk bertemu rakyat sepuas-puasnya, tepat jam 11.59 minit malam ini segala bentuk kempen dan ceramah adalah diharamkan.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan mengambil alih suasana tanah air esok, hanya mereka sahaja yang berhak menjalankan aktivi mereka dan rakyat menjalankan tugas untuk membuang undi.
Tempoh 2 minggu berkempen secara rasmi yang diberikan oleh SPR sebenarnya cukup lama.. mana tidaknya.. kalau dilihatkan sejak 2,3 tahun lepas lagi parti-parti yang ada kat malaysia nie dah lancarkan kempen mereka, setiap hari ada saja ceramah dan kempenya.
Ramalan 5 Mei dari pandangan aku..
- Barisan Nasional akan kekal mentadbir kerajaan persektuan dengan kemenangan tipis.
- PKR dijangka menang besar untuk kerusi DUN.
- BN dijangka dapat merampas kembali Negeri Selangor
- BN dijangka menang sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.
- Pakatan Rakyat dijangka merampas kembali kerajaan negeri Perak.
- DS Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh.
- Raja Nong Chik Menang kerusi Lembah Pantai
- Musam Musa dijangka menang di Putrajaya
- Pahang dilihat antara negeri yang akan di rampas oleh pakatan rakyat
- BN menang besar di johor
- Perlis dijangka akan ditadbir oleh PAS
- BN berjaya rampas kembali Kedah
- BN dijangka tewas teruk di Kelantan
- BN juga dijangka hilang banyak kerusi di Terengganu
- BN dijangka menang selesa di Negeri Sembilan dan Melaka
- Pulau Pinang dijangka kekal ditadbir oleh Pakatan rakyat
- Pakatan Rakyat juga dilihat mampu untuk menang beberapa kerusi di Sarawak dan Sabah
- Khalid Samad akan kekal di Shah Alam
- Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia di jangka menang di Kuala Kangsar
Antara Nama Besar
- Lim Kit Siang dijangka kalah menentang Abdl Ghani Othman
- Anwar Ibrahim tewas tipis di Permatang Pauh
- Datuk Ibrahim Ali tewas kepada Nik Abdul
- Khalid Ibrahim dijangka kalah di Perlabuhan Klang dan Menang di Bdr Tun Razak
- Khalid Samad kekal di Shah Alam
- DS Hishamuddin dijangka kalah
Apa pun ini hanya ramalan..
-