Nuffnang Ads

Tuesday, May 14, 2013

Datuk Seri Farid Ridzuan antara Menteri Kabinet baru..??



Debaran menanti pengumuman senarai penuh barisan kabinet baru Datuk Seri Najib yang dijangka diumumkan lewat petang ini masih menjadi buah mulut orang-orang politik dan rakyat.. rata-rata yang beranggapan ada muka-muka baru yang akan diangkat menjadi menteri penuh kali ini.

Beberapa Nama yang disebut bakal duduk dikerusi menteri adalah :-

Datuk Seri Farid Ridzuan - Bekas CEO Kumpulan Media Prima ini dilihat cukup kukuh untuk disenaraikan dalam barisan kabinet baru Najib kali ini. beliau sebelum ini ditugaskan di jabatan perdana menteri untuk tugasan khas belia dan media baru bagi YAB Perdana Menteri dikatakan calon yg sesuai untuk mengantikan tempat Datuk Seri Rais Yatim selaku Menteri Penerangan.

Khairy jamaluddin - Ketua Pegerakan Pemuda Umno ini juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk berada dalam barisan kabinet, kejayaan beliau mengekalkan kerusi perlimen rembau dengan kemenangan besar selain sokongan pemuda terhadapnya sudah pasti akan membuatkan beliau disenangi, antara jawatan yang disebut-sebut untuk beliau duduki adalah Menteri Belia & Sukan.


Antara nama nama lain yang disebut bakal kembali dalam kabinet adalah bekas menteri besar terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas menteri besar kedah Datuk Seri Mahazir Khalid. selain itu Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Salleh juga disebut2 bakal mengantikan tempat Datuk Raja Nong Chik untuk kerusi Menteri Pembangunan Waliyah.


No comments: