Nuffnang Ads

Thursday, July 25, 2013

Tempat Menunaikan Solat Terawikh Yang Menjadi Pilihan




Dah masuk separuh perjalanan ibadah puasa hari nie dah masuk hari 16 umat islam menjalani ibadah puasa.. tidak lupa malam ke 16 ramadhan.. terawikh sudah mau masuk fasa malam lailatuqadar, sudah tentu ini masanya kita kuatkan lagi ibadat menjelang syawal tiba.

Beberapa buah Masjid dan surau yang aku kunjungi untuk menunaikan solat terawikh sepanjang ramadhan ini, memang setiap masjid ada beza dan menariknya.. memang seronok susah nak dapat pada bulan2 lain selain ramadhan.


Masjid Negeri, Shah Alam

Memang setiap tahun akan datang ke masjid nie tak kisahlah berapa hari.. yang pasti mesti pergi walaupun sekali.. memang beza.. suasanaya dengan jemaah yang ramai memang terasa terawikhnya bersama ribuan umat islam disini,

Bacaan surah yang cukup sempurna kadangkala dengan imam jemputan dalam dan luar negara memang tidak asing bagi penduduk sekitar shah alam malah luar dari shah alam untuk datang menunaikan solat terawikh disini.

kemudahan serba lengkap juga menjadi satu kemudahan buat keluarga yang datang bersama anak2 untuk solat disini.


Masjid Naza, Shah Alam

Masjid yang baru siap menjelang ramadhan ini masih tidak punya nama yg rasmi.. apapun Masjid Wakaf yang di sumbangkan oleh Kumpulan Naza kepada Jabatan Agama Islam Selangor ini sudah banyak memberi nikmat dan erti buat penduduk sekitar, terletak dikawasan stadium shah alam, masjid yang dibina berkonsepkan hijau pertama di Malaysia.

Memang lain dari yang lain, susun atur dan lanskap persekitaran masjid ini cukup indah.. seolah2 berada disebuah resort.. anda masih berpeluang menunaikan solat terawikh disini.


Selain dua masjid diatas.. ada beberapa buah surau lain yg menjadi pilihan aku tahun ini untuk menunaikan solat terawikh.. selain surau yg berdekatan rumah dan surau di sungai buloh.

Ada beberapa buah masjid yang aku teringin sangat nak pergi tapi masih belum ada kesempatan untuk mengunjunginya,


Masjid Bukit Jelutong

Masjid Diraja Klang

Masjid Putra, Putrajaya


Semoga diberi kesempatan untuk mengunjunginya..




No comments: