Nuffnang Ads

Tuesday, July 23, 2013

10 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman




Tinggal kurang 2 minggu lagi Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Radio-radio juga sudah mulakan kempen pasang lagu raya mereka.. akan tetapi kehadiran lagu-lagu raya baru di radio amatlah tak sedap didengar dan tak terasa nikmatnya beraya.

Aku Senaraikan 10 Lagu raya Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan Ku :-



Saloma - Selamat Hari Raya




Kalau korang gie Jalan TAR, Kamdar atau sebarang shopping complex yang ade expo raya mesti diorg akan pasang lagu nie.. memang terbaik..!!


Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran




Nie lagu raya paling menyentuh hati nak gie beraya... dengar dalam kereta balik opis pun terasa cam nak balik kampung dah..!!


M. Nasir - Satu hari di hari raya



Lagu nie kalo korang balik kampung.. jalan2 tepi sawah.. haaa memang kena tempatnya... tak pun sambil main bunga api..


Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu..




Lagu nie pun feel dia tak boleh bla.. memang sesuai dengar.. tambah2 bagi mereka yang terpaksa bekerja dikala raya.. memang nangis..


Aman Shah - Kepulangan yang dinanti




Lagu yang akan membuatkan korang nak balik kampung sekarang gak..!!


Sanisah Huri - Bersabarlah sayang




Walaupun lagu nie lentok dia mengalahkan nak tidur tapi kalo dengar pasti anda raya nak raya..


Sudirman - Balik Kampung




Lagu wajib dengar mulai sekarang sampailah korang sampai kampung.. tak kisah lah dengar 10 kali pon tetap nak nyanyi skali gak..


Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri




Ini lagu wajib dengar.. kalo tak dengar rasa tak best jer raya..


P Ramlee - Dendang Perantau



Lagu raya paling otai dikalangan lagu2 raya yang ada dalam plenet nie.. memang terbaik dari ladang...


Khairi Johar - Sepasang Kurung Biru



Kalau korang tahu cerita disebalik lirik lagu nie korang akan sedih dan nanges guling2.. memang best giler lagu nie... touching woh..



No comments: