Nuffnang Ads


Tuesday, March 18, 2008

Cerita Fantasi Tukang Sapu dan Menteri Besar


12 Nov. 2007 Menteri Besar Selangor Dr khir yoyo dengan bongkak dan sombongnya menwujudkan 'anugerah penyapu' kepada PBT yang berada pada peratusan paling bawah dari segi punggutan cukai.

meletup cerita disebalik 'anugerah penyapu' itu hingga lah masuk tahun baru. dari kedai kopi hinggalah ke parlimen cerita penyapu menjadi bualan semua org pada satu ketika.

mengikut adat dan orang lama-lama penyapu membawa sial dan bagi masyarakat cina ia membawa malang bagi seseorang. sekali lagi dr khir yoyo dengan bongkak dan sombong mengatakan rakyat sekarang ketinggalan zaman, masih berpegang lagi dengan benda-benda karut sebegitu.

sebelum bermulanya gelanggang pilihan raya dr khir yoyo sekali lagi dengan bongkak dan sombongnya negeri selangor akan menang keseluruhan kerusi yg ada dalam negeri selangor dan menyatakan bahawa pihak pembangkang akan malu besar jika bertanding dinegeri selangor. calon-calon yang diperkenankan oleh khir yoyo kepada rakyat sudah menunjukan beliau bersungguh boleh stay di kerusi menteri besar.

separuh orang-orang tua yang selama ini berkhimat dengan rakyat dan rakyat sudah mengenali mereka telah ditukarkan dengan calon-calon muka baru tidak termasuk muka dr khir yoyo sendiri kini sudah bermuka baru.

sepanjang kempen di negeri selangor dr khir yoyo kurang turun padang ini kerana muka baru beliau tidak membolehkan beliau berada di bawah sinaran panas matahari yg terik kut la nanti nak angkat sumpah sebagai menteri besar cair plak botox dia tu.

8 mac 2008 segala yang di angkuh-angkuh kan oleh seorang ketua kerajaan negeri yang maju dan makmur akhirnya kena pada diri sendiri. nampak nya sial penyapu sudah kena pada tuan empunya diri, tak sempat nak kemas office menteri besar sebab keyakinan tinggi boleh duduk terus kat kerusi menteri besar.. muka dan encem dah tapi kalah plak.. kalau kalah letak jawatan tak per nie kena tendang.. muke encem pun tarak guna la ini macam.

jadi diingatlah wahai yang berhormat2 yg lain akan kuasa rakyat dinegara yang berdemokrasi penting dari kerakusan hidup mewah sesebuah parti.

dan.. jgn lah keburukan orang lain itu menjadi bahan lawakan semua kerana bahan lawak (penyapu) yang sebelum ini menjadi cerita untuk digelak ketawakan oleh dr khir yoyo kena balik kat beliau.

setelah mendapat tahu akan pembangkang menguasai banyak kerusi beliau telah dulu melarikan diri.. tah mana lah menyorok dr khir yoyo tu erk.. munkin lepas nie menjadi tukang sapu kat pasar pekan sabak bernam kot..

tu lah orang yang bongkak,sombong dan lagi satu bacul!!!

No comments: