Nuffnang Ads

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet ambil hati dari pak lah


seminggu lama nya rakyat menjadi orang gila seketika menunggu kepala rakyat ini untuk mengemukakan barisan kabinet baru selepas gelombang peralihan kuasa rakyat terhadap barisan nasional.

dan semalam segala yang menjadi mimpi selama ini diumumkan oleh pedana menteri di jabatan pedana menteri putrajaya. tak lah terkejut mana dengan senarai baru menteri-menteri yang akan menjadi orang kuat setiap sektor itu. dan munkin juga orang lain sudah dapat ilham lebih dulu dari pak lah akan nama-nama yang beliau umumkan semalam. tapi dah kata politik mesti ada baik dan buruknya. beberapa menteri lama berkuasa akhirnya bersara jua dan muka baru yang dilantik seolah-olah akan menjadi orang suruhan yang paling bagus buat seorang pedana menteri.

selama ini rakyat sudah kenal tol serasi dengan samy vellu, menteri yang paling klakar kat malaysia nie dah pun mengundurkan diri jadi kini timbalannya pula mengambil alih kerusi menteri terbabit. adakah Dato mohd zin bersedia untuk menerima cacian dan makian dari rakyat sama seperti.

rumusan akan kabinet pak lah 2008 :-

* rakyat munkin gembira bila dato seri samy vellu undur diri, dan rakyat juga munkin akan merasai kehilangan menteri kerjaraya yang lawak itu. 24 tahun menjadi menteri kerjaraya ramai rakyat malaysia membesar dengan dewa kerjaraya terbabit. adakah orang baru dapat menjalankan tugas sepertinya..??

*apa motif dato seri sharizat abdul jalil dilantik menjadi penasihat pedana menteri yang bertaraf menteri..?? bengong gak bila pikir penasihat bertaraf menteri.. tak ke elok terus jadikan menteri penasihat pedana menteri. semua tahu kan kelebihan menteri nie.. jadi best gile lah dah kalah pilihanraya pun stay dapat benda2 yang menteri2 lain dapat.

*Tan sri muhamadmuhd taib bekas menteri besar selangor yang selama ini tak wat ape naik pula jadi menteri, bodek lebih nampak..

*bagi dato seri syed hamid albar yg sebelum ini mengelilingi dunia sebagai menteri luar akhir nya duduk dlm negeri. jalan-jalan lah kat mesia nie same.

*wanita besi disebalik kerajaan malaysia iaitu dato seri rafidah aziz juga meninggalkan putarajaya.

1 comment:

nana said...

Pak Lah cuba raih keyakinan rakyat semula. Kite doakan je beliau berjaya, n malaysia akan kekal aman makmur dan lebih membangun.

usaha mansuhkan jawatan setiausaha parlimen mmg bagus, menteri dan timbalan patut lebih buat byk kerja dan berkomunikasi dgn org bawahan secara direct. Kurangkan birokrasi dalaman. tp kerja kena eficient jgn sampai kerja semua xjln sbb xd setiausaha!

Peace NO War~