Beliau adalah tokoh korporat terbilang dan tersohor di negara kita. Satu nama yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia perniagaan. Itulah dia Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie, yang kini turut menjadi Pengerusi Amanah Millenia Fund Berhad dan Malaysia Discount Berhad yang kini turut menjawat Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika di PNB, Tan Sri Khalid mengetuai pengambilalihan Guthrie Corporation, yang ketika itu disenaraikan di Bursa Saham London dalam masa dua jam selepas ia dibuka - peristiwa yang dikenali sehingga hari ini sebagai ‘Dawn Raid’ yang mengembalikan 200,000 ekar tanah kembali di tangan rakyat Malaysia. Semua laporan ini telah terpahat sekian lama dalam sejarah Malaysia.
Namun kini, nasib Tan Sri Khalid hampir sama dengan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Jika nama dan sejarah Anwar dibuang dari UMNO dan kerajaan. Kini Tan Sri Khalid juga bakal berhadapan dengan perkara ini. Ini ditambah lagi dengan pencalonan beliau untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok, Selangor pada 28 hb. April 2007 ini.
Apa yang jelas dan menarik kini ialah, pilihanraya ini bakal berlangsung sehari sebelum majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Kuantan yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (20-29 April2007). Nama beliau yang sememangnya sudah sinonim dengan PNB kini bakal dilenyapkan. Terbaru, paparan tentang bekas CEO PNB di MSAM. Jelas sekali, tiada langsung nama atau gambar beliau dipaparkan. Bahkan kelihatan seolah-olahnya telah dibuang dan digantikan dengan nama lain pada ruangan tersebut. Sungguh memalukan, inilah yang boleh diperkatakan sebenarnya.
Jika dulu, jasa Anwar dihapuskan kini beliau pula bakal berhadapan dengan nasib yang sama. Apapun jika dilihat kepada senario politik hari ini, Tan Sri Khalid berpeluang cerah untuk menjadi ADUN Ijok dalam Dewan Undangan Negeri Selangor tidak lama lagi. Mungkin tempoh itu tidak lama kerana pilihanraya umum bakal berlansung dalam tempoh terdekat ini, namun ianya adalah satu petanda yang jelas bahawa rakyat sudah mula mual dengan corak kepimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional hari ini.
Mungkinkah satu perubahan yang besar bakal berlaku. Berdasarkan kepada latar belakang beliau yang merupakan anak jati Kuala Selangor dan sanggup turun kebelakang setelah berada di kemuncak kejayaannya dalam bidang perniagaan, maka jelas sekali beliau mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang di Ijok nanti. Ini disokong juga dengan kekuatan isu-isu semasa serta sokongan dan komitmen Anwar dalam memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada beliau.
Kekuatan jelas dapat dilihat kepada parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Banyak isu-isu besar yang menyebabkan rakyat sudahn mulai sedar akan kebobrokan parti pemerintah sebenarnya. Justeru itulah, mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk cuba meraih simpati dan mempertahankan kerusi Ijok itu.
Salam perjuangan buat semua petugas dan pemimpin Barisan Alternatif di Ijok. Semoga kemenangan bakal tercipta dalam kita meneruskan arus perjuangan bagi menentang kezaliman dan ketidak adilan yang berlaku sejak sekian lama dalam negara kita. Lawan tetap lawan !!!
No comments:
Post a Comment