Nuffnang Ads

Monday, August 4, 2008

Al - Kisah Permatang Pauh

Setelah beberapa bulan reda dengan tsunami pilihanraya, kini seluruh rakyat malaysia akan menantikan akan satu lagi gelombang rakyat yang akan menunjukan kuasa rakyat yang sebenar-benarnya.

Permatang Pauh, Penang satu kawasan yang kian membangun dr pada belukar yang tak tahu nak wat ape sekarang ia menjadi antara nadi perkembangan ekonomi bagi penang belah semenanjung ( belah pulau jgn cerita la ) macam-macam kerajaan BN buat kasi permatang pauh maju.. tapi yang hairan nya bukan BN yang menjadi pilihan penduduk atau pengundi di situ..kenapa.??.mengapa..??

jadi 60 hari dari sekarang rakyat permatang pauh akan diuji sekali lagi dengan pilihanraya parlimen permatang pauh..skali lagi parti2 yang bertanding akan mengumpan rakyat dengan perlbagai isu dan habuan yang menarik..

senario atau situasi politik negara ketika ini menjadikan ia lebih hangat..(lebih hangat daripada biasa ) keadaan sebegini juga lah akan menguji rakyat untuk membuat pemilihan yang tepat bagi memilih calon yang sesuai bagi menyuarakan sebarang isu di parlimen nanti.

kisah datuk seri dr wan azizah meletakan jawatan sebagai AP Permatang pauh dan memberi laluan kepada datuk seri anwar ibrahim amatlah menyedihkan bukan mengejutkan tapi menyedihkan.. Dr wan azizah berjaya duduk di kerusi parlimen permatang pauh atas usaha beliau sendiri ketika anwar di dalam penjara, tapi munkin ini lah kasih sayang seorang isteri yang ditunjukan mana kita tahu kan.. tapi harus diingat rakyat macam-macam ragam ada.. macam2 mereka boleh pikir..

bagi datuk seri anwar ibrahim yang selama ini mengindamkan kerusi perdana menteri adalah lebih jauh lagi perjalanan beliau bagi merialisasikan apa yang beliau impikan itu.. walau pun menang di permatang pauh nanti beliau sudah ada satu kelebihan untuk berada dalam parlimen dah makin dekat dah tu ngan kerusi perdana menteri kan.. tapi adakah pakatan rakyat yang dibentuk akan memilih beliau sebagai perdana menteri jika apa-apa belaku nanti lah kan.. pas tak cemburu ker..?? DAP macam mana plak..??semua itu masih jauh..

bagi barisan nasional ini adalah peluang bagi menutup maruah yang tercalar sejak pilihanraya lalu..

No comments: