Nuffnang Ads


Tuesday, August 19, 2008

Ketua Polis Negara Jalani Pembedahan Pintasan Koronari



WAJAH KPN SEBELUM DI BEDAH

WARNING Mat Rempit, Sy dpt tangkap Kalu sy kasi kapla potong jugak

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari Selasa menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Musa selamat menjalani pembedahan tengah hari. "Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditempatkan ke wad biasa," katanya ketika dihubungi Bernama.



Musa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.-- BERNAMA

WAJAH TERBARU KPN LEPAS DI BEDAH.




==============ARTIKEL LAIN==============

Rumah Kata Pigi Kubur Kata Mari

Dr Jeffrey: 13 MP Sabah sertai Pakatan jika Anwar menang
Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 ahli Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.


jeffrey kitingan 01Katanya, daripada jumlah 13 orang itu, dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.


Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di Bukit Mertajam malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.


Menurutnya, kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.


"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihanraya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya.


Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

No comments: