Nuffnang Ads

Friday, March 26, 2010

KUASA NUKLEAR MALAYSIA

URANIUM DI KENYIR

Seorang wakil rakyat di Terengganu bahawa terdapat simpanan uranium yang terbesar di Tasik Kenyir atau di kawasan Banjaran Titiwangsa.

Difahamkan ia memang berada dalam dasar tasik dan menarik minat saintis-saintis Barat untuk menyeludup masuk ke kawasan itu bagi mengambil sample tanah.

tidak pasti akan kebenaran maklumat ini tetapi memang banyak aktiviti ketenteraan di situ terutama yang merangkumi kawasan stesyen janakuasa Sultan Mahmud.

Pasukan komando elit PASKAL juga dilaporkan hadir di kawasan itu dan aktiviti mereka termasuklah membuat selaman 24 jam di dasar Tasik Kenyir untuk memastikan rahsia negara terjaga, ini bagaimanapun tidak dapat disahkan atau khayalan orang semata-mata.

Kalau tidak silap , reaktor nuklear pertama Malaysia akan dibina pada tahun 2025 tetapi jarang dihebohkan sedangkan Indonesia, Filiphina dan Thailand tidak pernah menyembunyikan program nuklear mereka. Lokasi loji nuklear negara yang pertama ini sudah dikenalpasti tetapi kedudukannya tidak pernah didedahkan umum.

BUKTI DAN LOKASI

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada tahun 2007 dahulu pernah mendedahkan mengenai pembinaan loji nuklear pertama Malaysia tetapi beliau memberitahu, lokasinya rahsia atas sebab-sebab keselamatan.

Kebanyakkan reaktor nuklear dunia terletak berhampiran tasik, empangan atau sungai kerana sejumlah air yang banyak perlu untuk sistem penyejukan dan penjanaan tenaga.

Jika demikian apakah mungkin sebenarnya loji nuklear pertama Malaysia akan terletak di kawasan Tasik Kenyir.

Difahamkan kawasan itu mengandungi kandungan uranium yang paling besar di dunia, bahan yang amat diperlukan untuk menjadi bahanapi nuklear.

Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad amat mengetahui kelebihan ini tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara itu.

Dalam diam, para pemimpin negara ini mengambil pendekatan senyap untuk mendapatkan teknologi pembuatan nuklear (untuk janakuasa dan bukan senjata) dari negara-negara luar dan pada masa yang sama terus mengekalkan "status quo" Malaysia sebagai sebuah negara membangun.

Identiti Malaysia sebagai sebuah negara membangun ini membolehkan negara mendapat perpindahan teknologi secara murah, percuma atau usaha sama, al maklumlah nama pun negara membangun nanti jika diletakkan sebagai negara maju, semua perpindahan teknologi harus dibeli dengan harga yang sangat mahal, yelah negara maju kan kaya.

tidak pasti cerita ini benar atau tidak tetapi pesawat jet yang membawa Mahathir dalam satu lawatan ke luar negara tidak lama dahulu pernah bertukar arah secara rahsia ke Pakistan.

Pengalihan pesawat jet eksekutif itu tidak pernah diketahui umum dan perkara ini disahkan oleh seorang bekas agen perisik Pakistan kepada saya sendiri pada sekitar tahun 1998 dalam satu pameran senjata di Mines, Kuala Lumpur.

Menurut bekas agen perisik yang pada masa itu menjadi orang hubungan perdagangan senjata Malaysia-Pakistan, Mahathir dijemput secara rahsia oleh kerajaan Pakistan untuk menyaksikan ujian bom nuklear pertama negara Islam itu.

Mahathir menjadi satu-satu pemimpin Islam yang menyaksikan ujian bom nuklear Pakistan yang dibuat dalam Wilayah Balochistan, Utara Pakistan.

Pada tahun 2001, seorang blogger berjawatan paskal telah pergi ke wilayah Balochistan tetapi bukan untuk menyaksikan ujian nuklear, sebaliknya melihat kesan-kesan ujian iaitu kemarau yang berpanjangan dan keadaan tanah yang tidak subur menyebabkan tanaman tidak
menjadi.

Wilayah Balochistan dipilih memandangkan ia merupakan wilayah yang paling besar dalam Pakistan, kurang membangun dan mempunyai penduduk yang sangat sedikit iaitu lebih kurang 6 juta orang sahaja.

Ujian letupan nuklear pertama itu dibuat pada Mei, 1998 dan menyebabkan dunia terutama seteru Pakistan iaitu India, terkejut besar kerana teknologi nuklear Pakistan jauh lebih maju dari India yang sebelum itu mendabik dada dengan keupayaan senjata nuklearnya.

DIBAWAH INI MERUPAKAN STATEMENT BODOH ORANG PUTEH TERHADAP UJIAN NUKLEAR PAKISTAN YANG DI PETIK DARI SATU LAMAN NGO BARAT

"Whereas all nuclear weapons are equally condemnable, but Pakistan's weapons of mass destruction is even more dangerous as it is religion-specific. As part of its state ideology, Pakistan considers people from other religions as its enemies and has made clear it will not desist from being the first to use nuclear weapons."

"Whereas Pakistan has rapaciously used Baluch resources for the last 60 years and in stead of giving Baluchistan its due share, killed and maimed tens of thousands of Baluch tribesmen and left their lands contaminated by nuclear radiation in the 1998 nuclear tests. No independent study has been conducted to see the disastrous consequences of Pakistan's use of Baluch territories to test its so-called Islamic bomb".

agak kurang pasti sejauh mana Pakistan terlibat dengan penyaluran teknologi nuklearnya kepada negara Islam yang lain bagaimanapun beberapa tahun kemudian, saintis-saintis Pakistan ditangkap oleh kerajaan mereka kerana menjual maklumat sulit berkenaan teknologi nuklear kepada negara Islam lain antaranya Iran, Libya serta Korea Utara (Ini kes benci Amerika Syarikat dan Israel ni, pasal tu Korea Utara pun nama naik).

Difahamkan saintis terulung Dr AQ Khan antara yang terlibat dan urusniaga ini dibantu oleh ahli-ahli perniagaan dari Sri Lanka tetapi adakah mungkin Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mendapat teknologi ini?

Secara kebetulan pulak, beberapa tahun selepas kroni saintis Dr AQ Khan ditangkap kerana menjual rahsia nuklear Pakistan ke Libya dan Iran, tup tup pada tahun 2008, sebuah syarikat iaitu Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dari Malaysia kena senarai hitam kerana menjual komponen nuklear ke luar negara iaitu Libya (antara pelanggan yang mendapat manfaat dari penjualan rahsia nuklear Pakistan)

Sekali lagi, ahli perniagaan Sri Lanka yang juga penduduk tetap Malaysia dikaitkan dalam skandal ini dan beliau ialah Buhary Seyed Abu (B.S.A.) Tahir dan dikenakan tahanan dalam rumah di bawah Akta Rahsia Rasmi (ISA).

Aneh, apa muslihat barat mengaitkan Malaysia dengan penjualan nuklear dan bertambah aneh tetapi kagum kerana pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ini membuat pelbagai putar belit atau "political manuevering" untuk mengelakkan Malaysia diberi tekanan sekaligus menyelamatkan negara dari bencana yang tak putus-putus diwujudkan oleh Barat.

salah sorang sahabat yang beliau akhirnya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib ketika merasmikan bilik hyperbaric chamber di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju.

"Hyperbaric Chamber ini untuk penyelam Paskal kita di Terengganu (kedudukan Tasik Kenyir adalah dalam negeri Terengganu) ke, Datuk?" tanya beliau.

Najib jawab "Ya" dan perkataan ya inilah yang akan mengesahkan kebenaran cerita dari wakil rakyat Terengganu pada permulaan artikel ini

Alat Hyperbaric Chamber ini diguna khusus untuk penyelam bagi menstabilkan kandungan nitrogen dalam darah akibat menyelam terlalu lama.

Difahamkan Malaysian Institute For Nuclear Technology Research atau MINT di laluan ke Dengkil (Bangi) mempunyai satu mini reaktor nuklear yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan ia disimpan jauh beberapa meter ke dalam tanah di satu bangunan yang lain.

Director General Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) iaitu Dr Daud Mohammad.mengaku bahawa negara ini mempunyai pengetahuan dalam pembinaan tenaga nuklear oleh para saintis Malaysia yang kini ditempatkan dalam Tenaga Nasional Berhad.

Dr Daud Mohammad di tanye bahawa Dakwaan bahawa Tasik Kenyir mempunyai kandungan simpanan deposit uranium terbesar dalam dunia. Beliau akhirnyamenafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu, Malaysia tidak mempunyai banyak deposit uranium yang boleh dilombong kerana kandungan mineral itu terletak bersepah-sepah dalam negara ini.