Nuffnang Ads

Thursday, October 21, 2010

Buruk sangka..


Buruk sangka..

Satu tabiat yang aku percaya ada pada setiap orang.. jgn dok kata korang cukup baik jika tiada perasaan buruk sangka dalam hati korang.. kadang-kadang kita lupa apa yang kita ingat.. kadang-kadang kita lupa apa yang kita maksudkan.. jangan hidup hanya untuk diri sendiri.. kadang-kadang perlu juga hidup untuk orang lain.. kadang-kadang hati sendiri dan hati orang lain pun kita kena jaga..

Apa lah kebaikanya berburuk sangka terhadap orang lain..?? percuma jerk dapat dosa.. bukan pahala... tak perlulah memburukan orang lain semata2 ingat diri sendiri itu sudah cukup bagus nak mampos.. tak guna kalau baik macam malaikat tapi ada sifat dok buruk sangka..

* Bukan susah nak dapat dosa.. ibarat syaitan datang bawak buah tangan.. (peribahasa org jahat)

Selalunya tabiat ini akan datang sekali dengan pakej mulut longkang dan kejelesan tahap gaban.. munkin kita tak pernah berfikir jika buruk sangka kita itu akan menjadi satu fitnah dan penipuan yang amat dasyat..?? sedarkah kita yang didunia ini bukan kita hidup bersendirian sebab masih ada orang  lain yang memerhatikan kita..?? 

 * Zip mulut rapat2~!!

Derdiam diri adalah satu pengubat yang sesuai utk penyakit ini.. kalau pun korang tahu akan sifat dan perangai tak elok pada seseorang tak payahlah nak sibuk pasal orang lain.. kalau iya pun nak ada sifat ambil tahu itu ia mestilah berpada-pada.. tak payah lah dok jaga tepi kain orang sampai terlondeh kain orang tu.. baik jaga kain sendiri...



Pesan ustaz kenshiro untuk semua.. semoga kita tidak berada dikalangan orang-orang yang suka kumpul dosa kering daripada orang-orang yang dapat pahala percuma.. salam hari jumaat...:)



kad 
kahwin

No comments: