* Tahun lepas ader gak rambut hitam aku.. tahun nie habis putih kepala aku.. kena pakai shampoo bawang nie..
Petang tadi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan Malaysia untuk tahun 2011. dan skang tiba masanya aku nak bentangkan komen tentang belanjawan yang dibentangkan.. sape aku nak komen2..?? yeah saye rakyat malaysia..!! hanya meluahkan ape yang terpendam untuk diceritakan.. eh cam tajuk blog aku plak.. hahaa...
RM 212 Billion ringgit ditaburkan untuk belanjawan 2011 nie.. merangkumi projek-projek yang akan bermula awal tahun depan sampai lah tahun 2025... wooo lama tu 25 tahun akan datang... secara ikhlas nya disini aku menyatakan belanjawan tahun nie gempak dan amat sukar untuk mengecapinya..
- Projek MRT lembah klang bernilai RM 40 Billion.. satu projek mega yang bukan mudah untuk dilaksanakan.. ia mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.. ok.. projek ini akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.. jadi 20 tahun dari sekarang kita boleh berbangga mempunyai rangkaian keratapi bawah tanah dari sungai buloh melingkari lembah klang sampai ampang..!!
* MRT Hong Kong yang berjaya mengurangkan kesesakan lalulintas disana.
- Projek Pembangunan Tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bernilai RM 10 billion.. Sungai Buloh bakal menjadi sebuah bandar metropolitan hebat 25 tahun dari sekarang.. ia sangat lama okeh!!
* kawasan yang paling popular sebab disini lah satu2nya pusat rawatan kusta negara suatu ketika dahulu bakal menjadi bandaraya wok..!!
- Penghapusan Duty 300 barangan import keperluan pengguna.. bagi menarik pembeli belah dari luar negara memang ramai orang suka nie.. setahu aku harga produk2 berjenama nie di luar negara lagi murah.. dah diorg datang melancong kat malaysia nie bukan lah nak shopping sangat.. dan tak semua rakyat malaysia belum bersedia nak pakai barang bradet didalam masa yang sama produk tiruan yang bersepah tak hengat..!!
- Penghapusan Cukai semua jenis telipon bimbit.. memang meloncat la dengar kan.. tapi barape sen sgt lah harga tipon kalo tak bayar cukai.. paling miskin pun turun la 20,30 hengget.. tak gembira pun okeh!!
* jangan katekan blackberry.. blacklabel pun boleh..
- Projek Komplek Warisan bernilai RM 5 billion - PNB akan bangunkan sebuah projek pembangunan sekitar Stadium Merdeka merangkumi Sebuah menara setinggi 100 tingkat dan pusat perniagaan setanding KLCC. owh tidak!! tidak boleh bayangkan bile siap.. jom bayangkan skang nie jalan hang tuah depan penjara pudu kemain lagi sesak ketika ini.. cuba siap nanti.. tak ker lagi sesak dibuatnya..
* agak2 camnie la kot menara warisan yang bakal menjadi kenyataan.. sabar menanti..
- Cuti bersalin 90 hari.. 300 hari untuk sepanjang perkhimatan.. ok.. secara keseluruhanya.. wanita2 yang bekerja awan boleh la beranak 3 ke 4 kali sepanjang bekerja dengan kerajaan.. itu saja keistimewaan wanita yang si suami tak der.
* mama tak leh beranak banyak.. limit 3 jerk.. tunggu mama pencen baru la mama tambah yer hubby..
- Projek PERMATA RM 110 juta... Projek naungan isteri perdana menteri membuatkan pembangkang mempunyai ISU baru untuk diseret pada pilihanraya nanti.. pecayalah.. ia juga setidak2nya telah membelakangkan kementerian keluarga, wanita dan masyarakat yang memang sedia ada dalam kabinet... hehe menteri leh goyang kaki.
* projek permata untuk kanak2..bukan untuk saye...
- Kadar Tol Plus tidak akan dinaikan dalam tempoh 5 tahun mulai sekarang..tidak kah harga tol memang dah memang cukup mahal sekarang..?? dan bagi yang duduk kat KL kadang bukan kena redang sgt pun tol PLUS.. banyak lagi TOL yang terpaksa diredah..
* naik menyampah la tgk plaza tol cam nie.. buat la shopping komplek skali kat plaza tol kan best.. TGV ker.. GSC kew..
ok.. itu antara yang dapat aku komen.. kalo nak komen semua masak la.. jenuh menyampah kot korang nak baca.. cukup la sikit2.. tapi tidak semuanya buruk.. masih ada yang boleh begembira disebalik pembentangan belanjawan ini.. antaranya tok-tok ketua kampung, tok batin dan ahli2 JKKK yang menerima kenaikan elaun.. pak2 imam juga elaun naik.. pak-pak gurd pun mesti akan teriak kalah pontianak bila gaji mereka diselaraskan.
ini hanyalah komen dari aku.. bukan memburuk atau menidakan keadaan.. semua ada baik dan buruknya.. kita yang kerdil hanya dapat menunggu dan melihatnya kerana mereka telah diamanahkan untuk melakukanya..
semoga Malaysia maju tak terkata~!!
3 comments:
sorry nak tanye.. 2025-2010 berapa ye? 2020-2010 pun brapa gak..huhu :blur:
=)) siot..=))
yup, skung 2010..bukan 2000..15 yrs more from now..not 25 occay..
Post a Comment