Nuffnang Ads


Sunday, October 10, 2010

komen disebalik majlis perkahwinan angkasawan



Hola all.. semalam 10.10.10 beribu2 pasangan pengantin diseluruh negara inginkan tarikh semalam untuk melansungkan perkahwinan... semalam jugak lah tarikh yang dipilih oleh angkasawan pertama negara untuk melansungkan perkahwinan... tarikh yang hanya akan datang 100 tahun sekali sahaja.. kalo korang nak tunggu 100 tahun berikutnya 10.10.2110 silakan.. tak der sape marah.. tu pun kalo korang hidup lagi..

Tertarik habis!! teruja!! terkasima..?? terkejut beruk..?? dan pelbagai ter.. lagi yang dapat didengar keluar dari mulut majalah dan dada2 akhbar hari ini mengenai majlis perkahwinan angkasawan pertama negara.. korang plak ter..apew..?? aku cuba terkenyang jerk semalam.. sebab malam semalam masih ada yang buat open house.. sedang khusyuk melantak.. mak aku ajak balik sebab nak tgk live kat tv perkahwinan angkasawan nie ha.. nasib baik memang jenis melantak cepat.. so dapat la jamah kesemua lauk yang ada.. hahaha... itu jgn dinafikan boleh!!

Dah mak tgk tv.. aku pun layan la gak.. ape punya best nyer majlis kahwin sampai harus ader siaran langsung..  tengok jerk la.. dalam dok tengok tu banyak gak yang bermain difikiran nie sebenarnya.. haruskah majlis ini diraikan semacam itu..?? kot yer pun angkawasan agak2 la.. dia jadi angkasawan pun bukan kuar duit poket dia.. kerajaan kuar duit 20 juta buta2 hantar dia gie ISS untuk wat kajian 2 minggu jerk.. tu pun time naik roket live lagi tu.. terpikirkah korang dimalam hari raya tgk muke dia naik roket.. spoil dowh!! aku ingat.. kita munkin jakun dan teruja cam nak mati bile lihat rakyat Malaysia leh sampai ISS.. terapung2 makan rendang ngan lemang.. tapi jgn la kejakunan tu dibawa2 sampai mati.. takan nak harapkan pada seseorang itu utk disanjung sampai dia mati..??

Kalo dilihatkan majlis yang bertemakan majlis di kayangan tu lantak dia lah kan.. tu majlis dia.. dan itu dia punya suke.. tapi majlis tu nampak sgt cacat okeh.. kerana inginkan yang terbaik.. sampai jadi tak baik lak bile tgk.. permulaan pengantin masuk dalam dewan kita boleh kedengaran paluan kompang tak memang pertama kali aku dengar.. berterabur~!! kalo dengar betul-betul cam taik lembu jatuh ke tanah.. mula2 tgk pasangan pengantin memang best la.. memang sama cantek dan padan.. tapi kecacatan timbul bile pengantin perempuan kelihatan over sengih terlampau la.. kot yer pun dapat jadi datin jgn la sengih mengalahkan si lelaki yang terhengeh2 kat ko.. haha.. menjadi satu adat yang paling penting pada istiadat merenjis.. tapi semlm hanya kita dapat lihat mak bapak pengantin jerk yg merenjis.. so total 4 org jerk.. kecacatan timbul lagi bile sultan2 yang hadir hanya tgk dari meja makan.. bukan kah selalu tetamu diraja juga diberi peluang untuk merenjis..  
Secara kasarnya disini majlis ini tidak lah sehebat mana.. disebabkan mengejar majlis yang hebat dan perfect ... dia dah jadi satu majlis yang kalam kabut.... ok lah sampai disini dulu yer komen yang sempat aku berikan.. bukanya jeles atau iri hati.. tapi cuma kasi tahu apa yang ada didalam hati.. hehehe.. semoga encik angkasawan dan puan angkasawan hidup kekal ke anak cucu..next tarikh seterusnya 1.1.11 yeah~!!




1 comment:

Anonymous said...

hahaha! terbaek dari ladang lah!