Nuffnang Ads

Tuesday, October 19, 2010

Komen disebalik pembinaan Menara Warisan..

Assalamulaikum all.. selepas dari pembentangan Belanjawan Negara jumaat ari tu.. isu paling best orang perkatakan ialah pembinaan Menara Warisan yang akan menjadi ikon baru baru Kuala Lumpur dan Malaysia am nya.. dan bersepah gak komen  ada yang menyokong ada jugak membantah.. yang selalunya membantah sudah tentunya dari pihak pembangkang.

 * nie lakaran Menara MAS.. tak taw siap atau hanya mimpi jerk nie..

Memang menjadi macam sebuah pertandingan ketika ini bagi kotaraya-kotaraya dunia membina pencakar langit yang tinggi nak tunjuk sapa yang paling hebat.. jika dahulu menara bekembar World Trend Centre di New York menjadi menara kebanggaan penduduk bumi sebagai sebuah binaan yang mengagumkan sehinggalah muncul Menara Bekembar Petronas di Kuala Lumpur atau KLCC mendapat perhatian...


 * KLCC menjadi kebangga rakyat Malaysia..


Lama juga  KLCC pegang rekot sebagai bangunan paling tinggi didunia sehinggalah Taipei 101 mengambil alih title berkenaan, selang beberapa tahun Dubai menarik perhatian dunia dengan pembinaan burj al khalifa menara paling tinggi dengan 180 tingkat.. memang terkencing gak ar bile dengar.. skali bile dah siap.. jgn kata terkencing.. silap2 boleh sewel dibuatnya.. lupakan sewel itu kerana kita akan bertambah terkejut beruk bila Mekah bandaraya paling suci umat islam akan memiliki sebuah menara jam siap dengan hotel tepi masjidil haram yang akan mengambil alih jawatan bangunan paling tinggi didunia..

 * burj al khalifa kat dubai kalau korang duduk ditingkat paling atas suhu akan turun sebanyak 10 darjah celsius daripada suhu kat groun floor.. 

Komen aku berkenaan pembinaan projek yang boleh dikatakan "ape la sangat" nie tak der la hebat mana pun kalo nak dibandingkan dengan beberapa lagi projek yang bakal dibina atau pun yang sememangnya terbengkalai..  terpikir gak aku.. apa salahnya kerajaan meneruskan projek pembinaan Plaza Rakyat kat pudu raya tu dari dok bina menara baru yang lokasinya tidak jauh dari tapak projek Plaza Rakyat...

Plaza Rakyat adalah projek ilham mantan perdana menteri Tun Dr' Mahathir pada awal tahun 90-an dengan dana yang besar dipinjam dari Bank Pembangunan Asia projek ini terbengkalai menjadi projek gajah putih yang sampai sekarang menjadi gambaran yg sangat buruk bagi Kuala Lumpur... Projek Plaza Rakyat meliputi sebuah Bangunan setinggi 79 tingkat, menara kondominium 46 tingkat, hotel dan shoping complek.. tak ker power tu.. tapi kegawatan ekonomi tahun 1997 telah menidakkan projek ini menjadi kenyataan.

 * nie lah dia lakaran projek Plaza Rakyat.. nampak gempak tapi habuk pun tarak..!!

Bila orang dengar nak bina bangunan 100 tingkat mula la semua wat2 terkejut beruk.. ape la sangat 100 tingkat tu.. kalau nak dilihatkan banyak jerk pun bangunan didunia nie dah lebih 100 tingkat..  kondo-kondo kat kl dan sekitar hartamas pun aku tengok banyak yang dah lepasi 40 tingkat.. cuma terpulang kat manusia jerk nak duduk ke tidak kat bangunan tinggi2 tu..

 * Menara Nakheel yang bakal siap tak lama lagi akan menjadi menara paling tinggi didunia.. ketinggianya melebihi 1 KM bersamaan 1000 meter atau lebih 200 tingkat!!! kering darah aku baca..

Jadi dari pandang aku la.. projek nie tak der la best sangat.. cuma munkin ia baru disebut jadi prak sekejap tu pasti ada.. lama-lama ok la tu.. macam jugak pembinaan KLCC dulu tu.. tapi lama2 ia menjadi kebanggaan.. malah boleh cakap la hampir semua orang dah pernah jejak kaki ke KLCC.. lepas nie boleh la kita jejak kaki ke Menara Warisan plak. CWCC - Complex Warisan City Centre..wah aku dah kasi name nie.. jgn tiru!! hahaha....

* Menara Felda..

Tak lama lagi banyak la menara yang tinggi2 kat KL.. canggih siot!! kalah ar New York satg.. Hong Kong pun kalah punya lah.. tapi tak taw la ia akan menjadi kenyataan atau pun tidak.. pada ingatan aku ader beberapa projek pembinaan menara yang tinggi2 tingkat nya sedang dibina di Kuala Lumpur.. antaranya Pembinaan Menara Felda, Menara Kampung baru, dan Menara Standard Charted..


* Menara Kampung Baru.. munkin satu2 nya didunia kampung bertingkat paling canggih didunia wakakaka...

No comments: