mamat khalid datang lagi.. dengan menghasilkan sebuah filem estet pertama di Malaysia. belum pernah dibuat oleh pengarah melayu buat cerita tamil..satu penghormatan untuk kaum india di Malaysia..
apa pun usha mamat khalid dalam menghasilkan sesuatu yang baru jarang mengecewakan.. tengok saja filem zombi kampung pisang tu.. dah dekat sembilan belas ratus kali ulang kat astro.. tu tande nyer filem dia boleh orang terima atau pun terpaksa tengok!! haha..
kalo nak ikutkan nie lah filem sivaji da boss versi melayu haha.. jangan korang terkejut biawak plak nanti rosyam noor jadi rajinikhan.. kadawaleyyy!!!
apa pun usha mamat khalid dalam menghasilkan sesuatu yang baru jarang mengecewakan.. tengok saja filem zombi kampung pisang tu.. dah dekat sembilan belas ratus kali ulang kat astro.. tu tande nyer filem dia boleh orang terima atau pun terpaksa tengok!! haha..
Sinopsis Estet:-
Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.
Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.
Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.
Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.
Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!
Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.
Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.
Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita menantikan kemunculan filem “Estet” di layar perak nanti..
Pengarah: Mamat Khalid
Penerbit: Naga VXS Sdn. Bhd.
Dipawagam: 04 November 2010
Pelakon Estet: Farid Kamil, Shoffi Jikan, Jasmin, Gandii Nathen, Kamarul, Mislina Mustaffa, Mohan, Jayasree, Rosyam Nor, K.S Maniam, Shashi Tharan.
*meriah tol ladang getah nie...
* nie bukan shah rukh khan dan kajol okeh!!
* jeng.. jeng.. jeng...
No comments:
Post a Comment