Nuffnang Ads


Tuesday, November 2, 2010

tido dalam keadaan paling best??


 
selamat malam
artikel jam 12 tengah malam ini ditaip dengan tabiat menguap yang amat dasyat yang tidak sanggup untuk ditonjolkan pada sesiapa.. jom cerita pasal tido.. tido dalam keadaan yang paling best skali..?? macam mana agaknya.. nak jadikan tido kita itu selesa umpama tido di awang-awangan.. 



ini adalah pandangan peribadi aku dan ia adalah berlainan bagi setiap orang.. jadi aku hanya sharekan apa yang aku boleh ceritakan tentang pendapat aku akan tido yang sempurna lagi bijaksana.. tidak kira jam berapa kita tido.. dan berapa lama kita tido..



1. mandi.. mandilah kamu sebelum tido.. nescaya tido anda akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan nyaman.

2. berus gigi.. cuci muka.. sesuatu aktiviti yang banyak orang lakukan.. supaya air liur basi kita nanti akan jernih dan sarung bantal kita tidak tercemar dengan slogan2.. 1 Malaysia yang tidak sepatutnya..

3. mengambil wuduk.. memang ramai yang memperkatakan tidur dalam keadaan badan berwuduk banyak manfaatnya sampai aku pun tak pernah buat.. haha..

4. memakai pakaian tido yang sesuai.. selesa.. longgar dan tidak terlondeh.. sebab kalo terlondeh dikala bangun bagi.. ia sangat tidak senonoh.. 

5. tido dalam suasana yang betul.. ada setengah orang jika bilik tido tak gelap dan sunyi sampai belum boleh dengar nyamuk menyanyi lagu lady gaga ia tak boleh tido.. ada orang dia boleh tido dengan bunyi-bunyian.. tak kirelah bunyi LRT atau pun jentera pengangkut..

6. jangan terlampau berfikir.. tido lah dengan minda dan kepala otak yang kosong.. tak payah lah pikirkan masalah2 kecik sampai boleh memudaratkan keseronokan anda untuk tido.. ada orang dia siap boleh pikir lagi masalah yang akan datang esok hari sebelum dia tido.. apa punya orang daa...

7. baca doa tido..?? berapa kerat jerk kot.. sekurang2nya kita mengingati tuhan.. mengucap.. bismillah sekurangnya2.. tengok sampai lupa yang benda cam nie boleh berada ditangga ke 7.

8. bantal.. ader orang dia memerlukan kedai bantal utk tido.. di kepala.. dinding tepi..kiri kanan.. atas bawah.. celah kankang semua mau taruk bantal.. kau bukan nak pergi berperang pun siap nak pakai kebal2.. tapi ada orang boleh tido tanpa batal mahupun tilam.. kotak pun jadi.. 

9. masa dan cuaca.. kalo dikampung memang dah ader jadual waktu utk tido.. kadang2 jam belum bunyi utk kol 10.. tapi nyamuk dah ambek alih baca berita dunia dirumah..  kalo dibandar.. selagi mulut tak koyak 2,3 inci selagi tu lah tak moh tido.. ada saje aktiviti nak buat... cuaca panas amat tidak sesuai utk tido dengan lena..!!

10. makan @ minum sebelum tido..?? ada orang kalo tak sumbat 2,3 gram makanan dalam tekak dia tak leh tido.. sebab..?? perut lapar.. masuk angin.. itulah alasanya.. tapi menafikan itu adalah tabiatnya hahaha...

* jangan ganggu tido orang lain yerp!!


Oraite!! tu 10.. sebab musabab yang yang membolehkan tido korang menjadi best gile!! dari pandangan aku.. tapi tak taw la plak korang punya pandangan macam mana.. kot2 la kena tido dalam buaian kew.. kena dengar cerita sang kancil dan buaya kew.. 


1 comment:

Anonymous said...

makan baru boleh tido.. ahhaha! aku terase okey! c(;