Nuffnang Ads


Tuesday, November 2, 2010

trend muzik masa kini

tidak dinafikan trend muzik masa kini makin hebat dengan kepelbagaian retak dan iramanya membuatkan semua orang leka dan suka untuk mendengarnya.. jika tahun-tahun sebelumnya budak-budak dari program reality tv menjadi ikutan kini muncul kembali band2 yang mempu mengugat dominasi puak2 gile glemer yang sememangnya tak glemer.. wah!! ini bukan ayat azwan ali okeh!!

 * mamat terhangat dipasaran nie pun sudah senyap..!!

jika dulu orang teruja dengan lagu-lagu budak akademi fantasia sampai ada surirumah yang lari rumah semata-mata nak gie tgk show mereka.. kini tidak perlu semua itu lagi sebab ader youtube.. tapi di youtube bukan mereka lagi yg popular sebab penyanyi bawah tanah telah menunjukan kepada semua yang mereka mempunyai kualiti lagu dan muzik yang boleh diterima oleh orang masa kini.

 * si gigi besi nie bolehla menghitung hari untuk tidak lagi popular..

kalo nak dibandingkan lirik-lirik lagu dulu dan kini banyak bezanya.. kalo dulu lebih menjurus kepada ayat - ayat kiasan yang memerlukan seseorang itu berfikir lama untuk mengetahui akan maksud lagu itu.. tapi lirik lagu pada masa kini lebih terang dan jelas.. pendek kata.. cakap terus terang la haha.. cam tu jugak lah kalau nak ajar orang pada masa sekarang nie.. kena cakap terus terang.. bak kata pepatah.."membujur lalu..melintang patah"



maher zain datang dengan lagu2 dakwah dengan versinya yang tersendiri.. berjaya membuatkan mat-mat rempit yang hati bak kaburator kini kembali ke menjadi mat bunga yang ingatkan dosa.. stacy juara akademi fantasia datang dengan rentak lagu ganas dengan dan rancak sehingga membuatkan bayi 1,2 tahun dah boleh berdiri mengikut rentaknya.. ana raffali pula datang dengan lagu duet bersama pakcik suhaimi mior hassan dengan lirik lagu peringatan sampai membuatkan para couple2 insaf seketika.. bukan hands up okeh!!.. insaf..

* gadis ala kampung nie punya sore yg mamtop!!

fynn jamal pula datang dengan lirik lagu 150 juta yang tidak diketahui motip lagu dia nie.. tapi percayalah bile dengar ..macam kita baru jerk dapat 150 juta.. hahaha.. berangan!! hahaha.. tapi aku saspek @ respek  kat budak2 skang nie boleh buat lagu2 yang best.. cam lagu cela.. aku tak taw mana ilang dah budak pempuan tu..

 * lagu kekanda adinda diorg berdua nie ngah meletop..??

ape pun korang harus ingat yang lagu-lagu sekarang nie hanya popular untuk seketika sahaja.. untuk menilai lagu itu sebagus mana.. korang kena tengok lagu tu bape banyak kali dan kekerapan dia dimainkan di radio.. para pengkaji berkata lagu yang terbaik adalah.. lagu yang dapat bertahan selama 6 bulan dalam carta radio dan kerap kali dimainkan.. fuh~!!

* tiada pautan lagu2 best diorg utk ditempelkan disini untuk mengelakan kelembabpan pada blog.. cari sendiri please.. sila jadi rajin!!






No comments: