Nuffnang Ads


Sunday, December 26, 2010

Aksi Rosyam Nor di Stadium Bukit Jalil


* nie la rupa Ambri Yahya.. tak caye sudah!!

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan kerana dengan bangganya telah menghadiahkan sesuatu kemenangan bermaruah untuk rakyat Malaysia. dengan 3-0 di Stadium Bukit Jalil memang sesuatu yang sudah cukup untuk memalukan skuad Garuda!


Hampir 80 peratus Stadium dipenuhi dengan lautan Baju kuning!! tiket pun sold out! tapi agak buruk jugak melihat ada ulat2 tiket yang menjual tiket pada harga tinggi di saat2 akhir.. siap tunggu depan LRT lagi!! tiket harga RM 30 diorg jual RM 50!!

Aksi penyokong Malaysia harus dipuji kali ini.. semangat membara berjuang sebagai anak malaysia boleh dilihat dari dalam LRT lagi bila mereka dok menyanyi lagu2 patriotik.. nak nanges tgk mat rempit nyanyi lagu "gagah berani" dalam LRT.. hahaa.. aksi dalam stadium lagi hebat.. mercun dan bunga api telah membuatkan penyokong Indonesia berfikir banyak kali untuk bersuara.. 

Perlawanan lebih 100 minit berlangsung dengan pelbagai aksi yang tidak disangka-sangka.. sampai pada saat jurulatih indonesia hendak memboikot perlawanan dan menarik diri.. huh!! dia memang sengal!! corak permainan Malaysia pada babak pertama agak kurang menyakinkan.. tak banyak peluang gol dapat dibuat.. sehingga lah selepas perlawanan hendak ditangguhkan akibat jurulatih indonesia yang tidak berpuas hati sebab ada pancaran leser di tengah padang.. ahh fuck la.. mana ader leser2 nie semua.. bunga api ader la..

dan aksi Rosyam Nor pun bermula.. separuh masa kedua baru ku sedar pakcik yang bawak anak bini ramai2 siap dengan sedara lengkap dengan seragam jersi warna biru depan aku Rosyam Nor! pandai di cover hahaha.. ape pun aksi dia joget time goal tak sempat aku rakamkan.. lawak gak org tua nie.. tapi dia memang best! bawak anak isteri tengok bola.. lagi best.. dia siap sedekah burger lagi kat orang belakang.. hahaha.. cayalah!!

 * bro rosyam sowang je bediri.. aku pun pelik ape hal..


* gaya dia bersorak memang klakar habis!! tak macam castello langsung!!

 
 * bila dah 2 - 0 rosyam dengan tenang menyalakan rokok.. hahaha..

 
 * anak dara rosyam nor..





   

12 comments:

mie said...

uihh!!
sempat lagi skodeng..
heheee

kenshiro said...

sempat la jugak nyanyi lagu kalau berpacaran hahaha...

kuyie said...

mantap ah!!!!skodeng anak dara pilih kasih!!!!!!

Anonymous said...

huh! shiro curang.. namo kawan!

Park Chick said...

pakcik escort rosyam nor masa kua g parking.haha..."tepi3..rosyam nor nak lalui...tepi2"..padahal nak tumpang cilok.haha.Fans Malaysia terbaik...cuma yg baling2 botol ngan pancaran laser tu kurang berhemah sikit la.apapun terbaik.

Unknown said...

sporting betul! .. siap bawa anak bini gi tu =)

entry terkini; Bukti Penyokong Indonesia Menggunakan Laser!

kenshiro said...

hahha tak curang pon!!

kenshiro said...

memang sporting habis .. tapi kalo tgk bini dia punya semangat.. haih.. lemah semangat dibuatnya.. punya la nak tgk bola sampai lagu kebangsaan indonesia pun dia berdiri dengan hormatnya hahaha..

Cik Su Life Cycle said...

awak duk dbelakang rosyam ke.. hehe.. semangat gila rosyam tengok bola

indera inn said...

ERMMM MEMANG AHH... BUKAN KAT STADIUM JERK YG MEMBARA SEMANGATNYA... YG DOK UMAH PUN TK KURANG JUGAK.... MENJERIT SAMPAI ANAK PUN TERJAGA DARI TIDOR.. PENANGAN BOLA..... PER PUN CAYA LAH

admin said...

ahaha..sempat lg skod pak cik rosyam tu..

kenshiro said...

saye la penerima burger tu hahaha..