Sedang elok menikmati malam yang dingin.. time tu jugak la gigi aku nie nak sakit.. bukan sebarang gigi yang mengadu kesakitan nie.. gigi garham.. dasar alexander graham bell betul lah.. aku pernah terbaca dan mendengar orang berkata yang sakit gigi merupakan antara sakit yang paling sakit dalam mana-mana sakit didunia nie.. dengan ini aku akuinya tanpa rasa sakit!!
Sakitnya boleh sampai ke kepala otak!! padahal gigi yang sakit.. otak leh jadi jem! mula la rasa nak tampar muka sendiri laju-laju.. kalau boleh suruh orang lempang tang sakit tu dengan rela hati suruh.. time dia sakit gile tu rasa nak bunuh orang pun boleh.. nasib baik orang lain semua dah tido.. kalo dah mesti boleh mati.. gila punya sakit..
Aku plak memang anti doktor gigi sejak zaman berzaman lagi.. jadi amatlah tidak pernah berjumpa doktor gigi selepas tamat persekolahan dulu.. kat sekolah pun jenuhla dok susun time giliran aku kena bile.. sebab nanti agak2 giliran aku tu.. bolehla aku tak datang sekolah... lepas satu bala kan tu..?? skang sakit sendiri tanggung.. asal plak nak sampai bunuh orang.. haih!!
Korang ada petua untuk hilangkan sakit gigi tak..??
1 comment:
Betui2. haish. Aku pun nak kena jumpa doktor nnti. Meh la.
Post a Comment