Nuffnang Ads


Thursday, December 23, 2010

Final Piala Suzuki AFF.. Harapan rakyat Malaysia


Lebih kurang 72 jam saja lagi.. gelanggang final piala suzuki akan bermula.. 24 jam kaunter tiket dibuka berlalu hampir separuh daripada 95 ribu tiket untuk perlawanan akhir telah habis dijual.. dan hampir 20 ribu tiket berharga RM 50 awal2 pagi lagi sudah habis.. bersemangat gile rakyat Malaysia kali ini.. walaupun harga tiket naik RM 10 tapi tetap sanggup kuar duit demi memberi seribu harapan pada 11 orang pemain yang akan beraksi diatas padang.



Apa harapan Rakyat Malaysia kali ini..??

Walaupun Piala AFF nie tak lah sehebat Piala Asia ape tah lagi Piala Dunia tapi Rakyat Malaysia masih mengharapkan sesuatu yang terbaik dari skuad bola sepak di peringkat asia tenggara.. jangan musnahkan harapan 75 ribu penyokong Malaysia yang akan turun ke Bukit Jalil ahad ini.

Kami tidak mahu kalah digelanggang sendiri.. biar keputusan itu seri sekali pun asal jangan sampai kalah.. kalau menang tipis sekali pun ia sudah cukup untuk bekalan yang akan dibawa ke Jakarta untuk perlawanan ke dua nanti.. kalau menang besar itu sudah satu bonus untuk skuad kebangsaan.



Berikan Rakyat Malaysia hadiah krismas.. jangan berikan air mata untuk mereka.. berikan mereka senyuman penutup 2010.. bukan kesedihan dihujung tahun... sudah banyak kali kami kecewa.. kali ini kami mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.. tunjukan pada mereka dengan anak jati tulen Malaysia.. kita mampu jadi Juara..

Bermainlah dengan semangat kesukanan.. ingatkan Negara.. bukanya Imbuhan.. 90 minit ibarat perang menebus maruah.. kalah 5-0 dipermulaan saingan bukan bermakna kita lemah.. semoga anak buah K. Rajagopal dapat berikan sinar senyuman buat Rakyat Malaysia..



* Jangan sampai balik Malaysia naik tongkang sudah...

2 comments:

A.I said...

wahhh, dengan aku2 sekali rasa bersemangat! hopefully malaysia menang, pastuh najib kasik cuti! yeayy........ hahaha!

kenshiro said...

hehehe.. wah kau.. nak cuti jerk sebenarnyer tu hahaha....