Nuffnang Ads


Wednesday, December 8, 2010

hantu mak limah pulang ke rumah & hantu pak abu update facebook..


Dalam 2,3 bulan nie panggung wayang seluruh negara sangat sesak dengan kemunculan filem-filem melayu yang makin rancak berada di pasaran.. nie menunjukan perkembangan positif dalam industri filem tanah air.. dari filem muzikal KRU studio "magika" sampailah ke "Ngangkung" kesemuanya berjaya mengutip box-office.. kecuali Filem "2 Alam" arahan Dr' Rozmey yang hanya mengutip sekitar 800 Ribu sahaja..

Mamat Khalid pengarah yang punya idea kemelayuan yang cukup kreatif datang lagi dengan filem dari sambungan Filem seram komedi "zombi Kampung Pisang" tayangan perdana "hantu kak limah Pulang Kerumah" telah diadakan di Ipoh, Perak minggu lepas.. dan dari riaksi penonton dan wakil2 media yang dijemput menyatakan filem ini penuh dengan lawaknya.. pendek kata filem lawak seram terbaik tahun nie!! 

Barisan pelakon yang kebanyakan dari zombi kampung pisang sudah pasti dapat menarik penonton untuk menyaksikan filem ini. dari permulaan cerita sampailah habis korang pasti tergelak terguling2!! ini gerenti yang diberikan oleh wartawan.. filem yang memang sesuai ditonton seisi keluarga..


Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.



 
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

 
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’


kisah hantu pak abu update facebook plak hanyalah ditujukan pada mereka yang begitu aktive mengupdate facebook.. kadang selang 2,3 minit skali update.. naik penuh plak wall aku dengan status diorg nie.. haih!





6 comments:

mie said...

hari ni ke?
gue nak gi layan la..
hehee

kenshiro said...

wajib layan!! pasti pecah perut.. bumbung boleh kasi jatuh..hahaa

Izzat Aziz said...

ngakung pun genre lebih kurang, bleh tengok dua-dua ni.. awie pun ada.. awie kalau jadi pak lawak memang menjadi..haha

zumar said...

cam bez je cite ni...
ni yang nak kene layan gak cite ni

kenshiro said...

hehehe lawak dalam bahasa perak tu yang memang tak leh blah tu..

kenshiro said...

zura harus tengok!! pasti buah pinggang anda normal kembali.. hahaha...