Nuffnang Ads

Monday, December 13, 2010

komen disebalik "hantu mak limah pulang kerumah"



Dah lama rasanya tak kuar rancangan komen disebalik nie.. sebab kali terakhir rasanya komen disebalik filem estet arahan mamat khalid.. dan hari nie.. cerita mamat khalid lagi skali menjadi perhatian untuk dikomenkan.

Setelah terlepas untuk menonton harry potter dan aku tak bodoh.. semalam aku berjaya untuk menonton filem seram komedi mamat khalid.. apa yang membuatkan aku terpanggil untuk menonton..??

Pertama skali.. bila baca ulasan wartawan yang pergi menonton tayangan perdana di Ipoh 2 minggu lepas..diorang kata nie filem komedi terbaik tahun 2010.. dalam fikiran aku dah kalau mamat khalid yang buat filem memang lawak bodoh kehidupan semulajadi manusia yang akan dia tonjolkan... walaupun ianya lawak bodo tapi itulah yang kita lalui sehari-harian.

Lepas jerk tawaf 2,3 kali di karnival jom heboh.. mula begerak ke time square untuk mendapatkan tiket.. pada masa yang sama dah siap pasang kaki 2,3 orang suh tengokkan tiket.. the curve dan pyramid.. nasib menyebelahi times square.. jam 5.50 ptg!! kerusi..?? yeah.. hall paling besar.. duduk paling depan.. boleh ceom screen!! full beb!!

Permulaan cerita memang nampak cam gampang habis.. iklan zombi muzikal tu memang trip kasi penonton tak payah gelak pun tak per.. tapi bila awie drive moto masuk kampung mulut dah boleh senyum besar!! 


Watak kak limah memang senang.. tak payah banyak cakap.. hanya perlu menyanyi 2,3 baris jerk.. tu pun nyanyi "enjit-enjit semut!!" tapi kalo nak ikutkan perwatakan orang gila cam tu.. aku pun seram..

Johan raja lawak nampak menyerlah dalam filem nie..sebagai abi hurairah gaya budak2 filem gila2 remaja yang dia sampaikan memang sampai dalam benak pale otak aku.. part yang buah pinggang aku berguling2 atas lantai bila dia gie buang air besar tu.. mak limah ngangkung atas dia.. oh!! dia larik cover pakai tudung saji mengkuang tu memang nampak cam skirt !!

Zami ismail sebagai pak abu memang best!! kena plak dengan sleng perak pior dari ladang tu.. sebagai ketua kampung yang kuat berpolitik.. dan part paling aku gelak sampai hilang ingatan bila dia tengok hantu kopek.. tanpa rasa takut dan perasaan.  
"panjangnyaa...kopek.." kalo korang senyap jerk memang tak der perasaan la...

Awie..?? memang kurang asam jadinya bile penyanyi rock belakon komedi.. memang rasa nak telan gitar laju2.. sebagai hero.. awie berjaya dengan jayanya.. tak perlu dipertikaikanlagi.. pecutan pertama kali melihat mak limah tido sebelah dia tu sudah cukup menkoyakan mulut aku besar2...

Watak si usop bekas penari kebudayaan tu memang kasi filem ini box office.. dengan wee-chair a.k.a kerusi rodanya tu dah cukup untuk buat korang gelak sampai 2,3 minggu... apa kurangnya dengan 2 tok bomoh import yang didatangkan khas ke kampung pisang.. mula2 datang gaya memang super seram dibuatnya.. tapi diakhirnya.. mulut akan terkoyak sekali lagi.. hahaha.. 

Agak banyak aku membebel.. nak cerita sorang2 pelakon agaknyer sampai raya krismas tak habis.. ape pun sekalung tahniah buat mamat khalid sebab menghasilkan hadiah komedi buat rakyat malaysia di akhir tahun..  jalan cerita dari mula dah nampak baik.. tapi diakhir filem ianya nampak agak bosan.. ape pun aku tak sabar nak tunggu kot2 ader sambungan filem nie nanti.. munkinkah hantu kopek pula tajuknya..?? tunggu!


2 comments:

CERITA LEBAT said...

gua kena tgk ni..

kenshiro said...

kena tengok.. tak rugi kuar duit 10 hengget utk kasi buah pinggang rosak hahaha...