Nuffnang Ads


Monday, December 13, 2010

WikiLeaks cetus perang alaf baru..



Sejak bocornya fail-fail sulit milik pentagon oleh WikiLeaks.. kini dah masuk minggu kedua sebahagian daripada lebih suku juta maklumat rahsia telah didedahkan oleh oleh WikiLeaks pimpinan Julian Assange. negara paling cuak ketika ini sudah mestinya amerika syarikat sebab kesemua fail sulit itu disalurkan kepada mereka.

Segala yang tersulit dan terselit didedahkan dengan begitu tersusun sekali.. dari satu benua ke satu benua.. tiba sampai ke Malaysia nama dipetik dalam laporan terbaru pendedahan oleh WikiLeaks.. "Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," ulas kepimpinan singapura mengenai perdana menteri malaysia.. nyata mereka punya sifat buruk sangka sejak berpisah dengan malaysia..



Kisah disebalik pemerintah arab saudi.. raja abdullah yang menyeru amerika menyerang iran satu lagi bentuk ancaman kawan makan kawan yang membuka mata penduduk dunia.. tidak cukup dengan itu segala rahsia kuasa besar dunia yang lain turut dibocorkan dengan jayanya.. china, jepun, india, russia, perancis turut dalam keadaan berjaga2.

Apakah kesudahan dari pendedahan yang dilakukan oleh Julian Assange ini..?? peperangan..?? itu yang bermain diminda.. jika ia terjadi bukan sebuah negara yang terlibat.. munkin berpuluh negara yang akan turut serta berperang.. yang pasti ia akan menjadi perang dunia ke 4 yang paling dasyat pernah dialami bumi.

President Barack Obama selaku ketua polis dunia sudah mula gelisah.. saat mengambil hati ketua2 negara dunia bermula apabila kelemahanya didedahkan dengan cara sebegitu. apa yang boleh kita ambil iktibar dari kejadian ini..?? 



Dunia tidak selamat!! itu saja yang dapat dikhabarkan.. tidakah kita tahu maklumat rahsia kita sehari-harian turut boleh bocor..?? macam mana taksubnya kita mengceritakan tentang hal hidup kita seharian di facebook dan twitter..?? bagaimana pula dengan system pendaftaran maklumat peribadi rakyat malaysia..?? adakah ia selamat..?? macam mana pegerakan kita seharian dengan line telifon..?? sama-sama kita fikirkan..

2 comments:

hans said...

Barrack Obama gelisah bukan sebab kelemahannya tetapi kelemahan pimpinan lampau yang terpaksa diselesaikan olehnya

Izzat Aziz said...

Satu je kita kena tak leh anggap benda ni semu betul, nanti senang-senang je US guna wikileaks ni untuk api-apikan negara-negara Islam.. mula-mula dia buat untuk hentam US last-last dia guna untuk misi dia sebenar. Penipuan alaf baru.