Nuffnang Ads

Tuesday, December 14, 2010

Lagenda budak bangang

 Inilah nukilan kilat yang terlitas untuk dikongsi.. sebelum basi baik aku kasi.. bukan pantun bukan puisi.. ikut pembaca selera sendiri..


Bersajak bukan seloka.. ini cerita pasal bangsa.. layunya bunga bukan matahari.. kisah anak melayu bangsa sendiri.. 

Keringat bekerja sama dipikul.. hanya mengingati bukan nak pukul.. 


Kisah anak muda masa kini..
kehulu kehilir mengejar duniawi..


Kemana hilangnya maruah diri...
sambil berdiri main judi...


Kemana perginya jati diri..
sampai ada yang bunuh diri..


Sendiri menyepi seribu bahasa..
anak sendiri perosak bangsa..


Tiada kata secantik bahasa..
buat dosa tak kira pahala..

Tak akan undur sebelum kalah..
gugur kandungan sebelum nikah..


Bersatu teguh bercerai roboh...
satu persatu rumahtangga roboh..


Bagaikan pipit dengan enggang..
merempit sampai hilang pinggang..

Bertepak sireh merisik khabar..
budaya lepak memang mencabar..


Tak akan melayu hilang didunia...
hanya layu terbilang sahaja..




Jangan pula berkecil hati.. ini saja nukilan hati.. berhati-hati sebelum mati.. bila dah mati memang tak puas hati..




4 comments:

AISHA SAAD said...

phew! it smart seyhhh.

tp betol la melayu yg semakin layu dr segi moral tapi sebukk nak tahan kan ketuanan melayuan and all that...
please, smp bila tah bnda2 obvious nih nak settle.

kenshiro said...

tu lew pasal hehe.. semoga kita sentiasa bersedia.. ingat mengigati sesama sendiri supaya tak kena batang hidung sendiri..

N said...

haih... kita terpengaruh dengan budaya barat tanpa sedat. titik :)

Izzat Aziz said...

ini bukan sekadar seloka,
ini bukti kamu sudah peka

bangsa kita tak seperti dulu,
bangsa kita memang dah layu.

try-try je.. bwt nice lah :)