Nuffnang Ads


Saturday, December 11, 2010

tempat cuci mata hujung minggu..??

Hari minggu datang lagi.. besok!! yeah besoklah harinya.. kemana anda besok..?? dirumah..?? ape barang.. hari minggulah hari untuk senaman mata setelah seminggu mengadap budak2 office dan muke bos yang memang tak hensem dan lawa!!



banyak tempat boleh korang pergi untuk cuci mata dan buang masa selain duduk dirumah mengadap komputer bermukabuku dan berblogging.. sekali sekala perlu juga melihat dunia luar.. jgn dok melayan dunia maya sampai tak tahu akan apa yang terjadi diluar sana..

so.. aku cuba senaraikan benda-benda menarik yang boleh korang pergi esok.



Jom Heboh TV3 at Bukit Jalil
pusingan akhir karnival jom heboh 2010 akan berakhir di Stadium Bukit Jalil esok.. banyak aktiviti hiburan terdapat disana.



KL International Motoshow 2010 at PWTC
Pameran kereta-kereta hebat dari pelbagai jenama jugak akan melabuhkan tirainya esok.. yang belum berpelung melihat kereta batman dari dekat.. anda harus kesana!



Jualan Gudang Metrojaya at Stadium Melawati, Shah Alam
tudia!! sapa yang kaki shopping sampai pecah tumit harus pergi nie.. dengar kata potongan harga terlampau.. masanya untuk korang habiskan duit bonus..



Expo Sound Car at Pekarangan Stadium Shah Alam belah Giant
Satu lagi tempat untuk peminat kereta mendapatkan barangan-barangan bunyian yang sesuai untuk kereta korang.. 



banyak lagi tempat boleh pergi dihujung minggu.. kalo tak suke dengan situasi banyak orang ape kata ke panggung wayang menonton filem-filem terbaru..!! dengar kata sapa yang dah tengok Hantu Mak Limah memang balik terkoyak mulut!! sebab dok gelak tak henti2..



owh! untuk blogger2 juga tidak dilupakan.. besok ada perjumpaan blogger2 di Times Square.. bertempat di Bowling punya tempat pada jam 1 petang.. banyak gak dengar aktiviti yang diorg aturkan.. apa lagi..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU~!!!

3 comments:

Unknown said...

semuanya kat kl selangor.kat jb takder ker

Izzat Aziz said...

Wah, tapi esok dah ada appoitment..hehe
lepak kat kl sentral je..haha

kenshiro said...

hehehe.. next time kite join ramai2 yeah!!