Nuffnang Ads

Friday, December 17, 2010

wakenabeb di McDonald's



Mcdonald.. siapa yang tidak mengenali akan jenama makanan segera paling popular ini.. daripada sarapan pagi sampai lah ke makan malam kalau boleh nak bukak satu cawangan McD dalam rumah.. sebab tabiat tak boleh tengok logo M warna kuning bersenyum tu..


Kini tiba musim burger yang setahun sekali jerk muncul.. sudah tentunya "prosperity burger" menu gaban nie sebenarnya didatangkan khas untuk menyambut ketibaan tahun baru cina dahulunya.. tapi sekarang orang tak pandang dah burger nie kuar pasal tahun baru cina ker krismas kew.. asal kuar pasti mau cuba..!! walaupun tahun lepas ko dah makan! tapi tetap macam ko baru taw tahun nie.. haha..

Tadi time balik keje singgah Mcdonald.. mula2 drive true tu nampak betul sangat dah.. nak beli kentang goreng  makan dalam kete time jalan jem!! bagus punya perancangan.. tapi bile dah nampak papan menu.. dengan burger.. ayam goreng.. nugget.. haih!! tukar!! dah jadi spicy mcchicken!!


Bagaimana Mcdonald dapat mempengaruhi pengguna..?? 


Situasi 1.


Bila korang order burger... yang set lah kebiasaanya.. contohnya set lunch yang murah gilew tu.. RM5.95 per set tu.. ok.. ia akan berubah bila juruwang bertanya.. abg tak nak ambik set large kew.. tambah RM1.80 jerk.. ok.. sekarang dah berubah.. dah hampir RM8.00 tu belum masuk Gov tax..!!!




Situasi 2.


Dalam minda nak makan chiken burger jerk sebenarnya.. tapi bila awek cashier tu enjit-enjit semut sket mulala... tabiat kesian nak mampos datang.. abg tak nak try "prosperity burger"..?? setahun sekali jerk nie.. siap dapat kentang goreng putar2 lagi..!! apa lagi.. kasi satu set!@!




Situasi 3.


Set2 perisa kanak-kanak yang selalunya didatangkan khas dengan permainan yang tak semenggah!! tapi aku dapat tengok sekarang nie dah kurang dah diorg nie promot2 mainan menu diorg tapi dulu banyak.. kalo set biase kanak2 tu dalam RM 6.00 tapi bile dah ader power rangers punya patung dah jadi RM 9.95.. !!

Wanita saman McDonald's

LOS ANGELES 16 Dis. - Seorang ibu dari California menyaman McDonald's bagi mendesak rangkaian restoran makanan segera itu menghentikan penggunaan permainan dalam set Happy Meals untuk menarik kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.
Tindakan Monet Parham itu yang mempunyai dua orang anak mendapat sokongan daripada Pusat Sains untuk Kepentingan Umum (CSPI), bagi menyekat penggunaan permainan dalam strategi pemasaran McDonald's yang disasarkan terhadap kanak-kanak.
Menurut CSPI, pendekatan pemasaran seperti itu dilihat mengeksploitasi kanak-kanak.


Free-free kena saman.. tu kalau kat US.. kalau kat malaysia.. anak yang kena marah.. bukan McDonald.. hahaha...

2 comments:

Ayuni said...

btul, slalu kne camtu, nk beli yg sket kne beli bnyk plak...

kenshiro said...

hahaha.. iman tak kuat hehehe...