Nuffnang Ads


Sunday, January 9, 2011

Komen disebalik anugerah juara lagu 25



Teka teki mengenai lagu mana yang menjadi juara antara lagu-lagu terbaik sepanjang tahun 2010 telah pun terpalit sebentar tadi.. terpalit..?? Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli telah membuatkan pentas Juara Lagu kali ke 25 kembali kepada wanita.

Dan dengan itu jugaklah ramalan-ramalan semua orang tidak menjadi kenyataan.. Lagu Tolong Ingatkan aku itu bukan lah best sangat..!! itu orang kata.. tapi juri kata lagu itu best!! ini pertandingan Juara Lagu.. bukan pertandingan Lagu terbest!..? so terima kenyataan sekarang.

Apa pun sebanyak-banyak tahniah buat Ana Raffali.. beliau sememangnya layak menjadi juara.. tidak lupa pada Drama King.. yang sememangnya lagu nie aku muskil habis tentang tajuk penceritaanya tapi dah orang kata sedap.. aku pun cakap sedap gak lah.. dan Noktah Cinta.. ditempat ke 3.. sesuatu yang berbaloi-baloi untuk Ajai menambah koleksi piala dalam office beliau.

Buat Superhero.. Tahniah jugak sebab rembat Persembahan Terbaek!! menerusi lagu hanyut.. sebab mula-mula tadi ingat nak vote persembahan lagu Selamat Malam.. tapi dah Hanyut kat Hanyut.. apa pun idea yang terbaek datangnya dari Faizal Tahir!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcEDXsrGmrMVr3x81HgGzmLnXKyWN6q3nWZis5Jnv9rhnJ0iZIHd0pEUDquA8ClgJ6gUsDVImPTmio4NHroAU2iLKor9UyNu1j_dTbBEZ4S6LjkmKZmILdnTayxoYBvM93i0CIYMGv_3N1/s1600/ANUGERAH-JUARA-LAGU-25_1293463411521.jpg


Memandangkan sudah 25 tahun Anugerah ini berlangsung.. sekarang hambek 25 komen kenshiro untuk AJL25 nie.

* Redcarpet meriah!! kalah anugerah Oscar.. Stadium dibuka sejak awal 4 petang lagi..!!

* Pembukaan oleh pemenang2 anugerah terdahulu memang gempak habis.. penutup pun tak kurang hebatnya.. dah lama tak nampak sharifah aini live rasa teruja habis!!.. Datuk siti pula nyanyi lagu-lagu yang aku minati.. memang tahan kecing mendengarnya..

* Yuna membuka gelanggang dengan Cinta Sempurna.. suara minah nie memang ada power!!.. Fesyen Yuna pasti menjadi ikutan lepas nie.. tengok jerk tudung dia malam tadi.. aneh!!

* Host AJL.. Ally Iskandar.. Faizal Ismail.. Cheryl Samad memang terbaek.. kalo boleh tolong kekalkan mereka sampai bila-bila..

* Tomok ambik alih pentas.. berlari.. gubahan rentak dan style persembahan saling tak tumpah time final one in the million.. tapi menarik!!

* Ana Raffali.. datang dengan hasil persembahan macam digelanggang silap mata.. sejak dari konsert analoque di istana budaya bulan lepas lagi aku tengok dia nie memang jenis yang merendah diri..

* Pentas kali nie nampak hebat.. system pencahayaan yang nampak ada class!! sampai penonton kena bawak laser suluh penyanyi..??

* Persembahan A.P.I dengan lagu Pelita nampak macam biasa-biasa saja.. macam konsert2 biase jerk.. 

* Gaya pemuda-pemuda A.P.I nak pergi perang tu nampak semangat.. siap dengan lambang nazi tu nampak hebat sikit..  tapi bile dah banyak sangat gabungan orang-orang best untuk nyanyikan sebuah lagu ia nampak macam kalam kabut sikit..

* Adira muncul dengan persembahan ala Magika.. aku percaya nie mesti kerja Edry Abd Halim.. dan ramai cakap Adira comel.. 

* Buaiyan Adira telah mengigatkan tentang hantu bumbung tahun lepas!!

* Lagu Drama King bawaan Meet Uncle Hussian  nyanyian Black.. terasa macam lagu nie hanya Black punya jerk bukan meet uncle hussian yang punya... hahaha..

* Suara Black dalam lagu Sofea Jane memang masyuk habis.. Satu Stadium senyap nak mati dok asyik dengar sore dia.. haih!! nasib baik tak menang.. kalo menang..

* Faizal Tahir punya persembahan memang tidak pernah mengecewakan.. memang terbaik dari ladang..!!

* Lagu selamat malam dihiasi dengan kemunculan artis dan pelakon hebat.. satu corak persembahan yang lain dari yang lain.. lagu dan penceritaan yang ingin disampaikan itu nampaknya sampai ke dalam sanubariku..

* Sebuah lagi lagu Faizal Tahir.. Hanyut memang satu-satunya lagu dalam Malaysia yang start2 terus macam bercakap.. last2 jadi lagu..

* Jeriji besi ala penjara pastu bawah akuarium tu memang rasa terkejut sikit la..

* Diawal kemunculan Hafiz terdengar sura boo.. boo.. boo.. kepada penyanyi ini.. tapi persembahan kena tembak tu memang nampak best tapi mcm tak kena dengan lagu.

* Munkin ramai awek diluar sana akan marah pada Nasha Aziz sebab dengan sardin nyer lempang Shahir diakhir lagu..

* Persembahan dan lagu kebahagiaan dalam perpisahan yang sebelum ini ramai yang ramal akan menang nampaknya terbalik!!.. lagu yang sedap telah disulami dengan puisi tah ape2 memang tak sesuai untuk anugerah juara lagu.. 

* Aksi Bunkface nampak macam dia buat konsert kat jalan bukit bintang.. ramai yang minat.. tapi tak menang.. nak wat macam mane..??

* Unsur2 Freemason masih ada pada AJL25 kali ini..?? hehehe.. redlady.. dan corak hitam putih masih menjadi persoalan..

* Ramai sungguh yang berbaju putih..!! tak der kaler lain dah..??

* Persembahan Stacy tidak kurang hebatnya.. tapi nampak dalam klip video lagu jahat tu lagi hebat dari di pentas..

* Masalah sanggul Stacy buat persembahan dia cacat.. lain kalo pakai sanggul yang kuat2 sket.. kasi gam 3 second tu baru tak jatuh.. hehe.. nie aksi dia sepak sanggul tu pun nampak sengal habis..!



Berakhirlah sudah Anugerah Juara Lagu.. lepas nie Tunggu la plak Anugerah Bintang Popular yang akan menyusur tiba.. lepas tu boleh la kita mengunjeng pasal Anugerah Industri Muzik dijangka pertengahan tahun nie.. dan sekali lagi buat calon-calon dan pemenang-pemenang AJL 25 anda semua terbaek!!!



9 comments:

aRaN said...

aran tgk jugak td hehehhehe

fara feroza said...

erm..tak best la pengacara malam tadi..:(




AJL kak pah manang.!!

rozaini said...

weh aku gi tgk tp x jmp ko pun..patut adira la menang...

kenshiro said...

semua orang harus tengok aran hehe...

kenshiro said...

fara best ape pengacara tu dari pada pengacara anugerah skrin ari tu.. hampeh.. hahhaa...

kenshiro said...

dr rozmey!!! lama tak nampak ko!! hahaha.. ko pergi tengok eh.. memang patut la tak nampak aku.. ko kursi VVIP..

kenshiro said...

dr rozmey!!! lama tak nampak ko!! hahaha.. ko pergi tengok eh.. memang patut la tak nampak aku.. ko kursi VVIP..

rozaini said...

weh siot ah!!
bz la dh ade anak skarang..nnt aku jemput ko dtg cukur jambul

kenshiro said...

wt party besar2 sket.. hahaha...