Nuffnang Ads


Thursday, January 6, 2011

Ramalan Juara Lagu 25..

Ok.. ok.. mari.. kita bermain teka dan teki.. mengenai lagu manakah yang bakal menjadi juara lagu di anugerah juara lagu pada hari ahad nie.. kalo abg nara dah vote lagu hanyut dari faizal tahir sebagai juara.. bagaimana pula pilihan anda.. ceh!! dah macam pengacara rancangan akademi pantasia plak..

Kali nie aku nak kasi habaq kat hangpa pasal takat mana nasib lagu-lagu yang bertanding dalam acara final nanti..



Kalo nak ikutkan Tomok dalam industri muzik tanah air rasanya dia boleh dikatakan senior.. start dari zaman hingusan sampai menjadi juara rancangan reality sudah pasti membuatkan dia menjadi antara persaing yang tidak harus diperkecilkan. Lagu belari tulisan beliau sendiri punya jalan cerita yang menarik selain menjadikan beliau sangat-sangat digilai sekarang.


Buat kali ke 2 penuntut uitm nie masuk ke gelanggang akhir.. jika tahun lepas sangat ramai yang teruja akan persembahanya.. tahun ini pasti akan menjadi bertambah tak tahan untuk menyaksikanya.. punya vokal yang baik sudah pasti beliau antara pencabar kepada penyanyi-penyanyi lelaki. Lagu Cinta Sempurna hasil 100% beliau sendiri.. lagu yang punya lirik dan identity yang tersendiri.



Meet Uncle Hussain pernah menjadi juara dek kerana persembahan mantap yang tak akan aku lupa sampai bila-bila bile lan punya suara nyanyi lagu untukmu dalam stadium dulu.. memang cair taik telinga mendengarnya.. kini Lagu Drama King dipertaruhkan oleh kumpulan ini setelah Lan keluar dari kumpulan ini adakah suara Black boleh mencairkan lemak aku pada malam itu nanti sama-sama kita tunggu..



Superhero Malaya.. suara Faizal tahir tak payah korang risaukan sebab dia dah sememangnya punya suara lunak ibarat ikan paus memanggil anaknya.. Lagu Selamat Malam memang best gile.. sampai aku dulu tak tahu yang ada lagu tajuk Selamat Malam. bila aku tahu Faizal Tahir yang nyanyi.. aku jadi suka.. itu la cerita pasal lagu ini.. 




 Di akhir program akademi fantasia dulu.. Adira tidak lah popular mana.. tapi sekarang bila beliau nyanyikan lagu tema Awan Dania aku dah boleh suke suara beliau.. Penyanyi kecik molek ini akan membawakan lagu ciptaan Edry Abd Halim.. seorang komposer yang boleh buat lagu dengan sekelip mata.. jadi hasilnya..?? tgk saja citer Magika.. lagu2nya meletop sekarang..!!



Dalam mana-mana majlis ketika ini jangan sesekali sebut nama Shahir sebab memang orang akan berasak-asak.. Lagu Kebahagian Dalam Perpisahan sebuah lagi lagu Edry Abd Halim.. Lagu ini mempunya kekuatanya yang tersendiri.. jalan penceritaanya memang mendalam sampai tengok Video Klip lagu nie korang akan ingat tang kapal terbang jatuh tu jerk.. itu jerk yg aku ingat..!!


Ana Raffali.. penyanyi yang aku minat nie.. Lagu Tolong Ingatkan Aku.. lagu yang best.. kena dengan suara beliau.. tapi kalo nak ikutkan jalan cerita lagu ini rasanya ia tak sampai kepada pendengar.. sebab tu name lagu nie Tolong Ingatkan Aku.



Aku macam tak percaya jerk lagu tangkap leleh nie boleh masuk Final.. Tapi aku rasa kekuatan pada lagu ini munkin pada liriknya.. suara Hafiz kalo nak lawan suara faizal tahir rasanya kalahla.. tapi kalo nak lawan rambut sape paling gerbang dalam stadium esok.. secara terus terang aku boleh cakap.. dia menang tanpa bertanding..



A.P.I gabungan yang padu!! himpunan lelaki-lelaki hebat masa kini bakal membawakan lagu ciptaan Loque..adakah Pelita akan terus menerangi Stadium Putra..?? susah nak cakap sebab lagu nie aku rasa kurang kekuatan.. kekuatanya hanya pada penyanyinya sahaja.. 



Hujan.. Mencari Konklusi lagu yang memerlukan korang mengambil masa untuk memahaminya.. tapi bila sudah paham korang akan dengar banyak kali.. tapi jangan selalu nanti bosan.. tapi kalau kadang-kadang dengar tu yang dapat masuk Final tu.. Lagu ciptaan Noh Hujan sendiri.. dia jugak seorang Pencipta lagu yang makin hot skang!!.. kalah mizz nina...



Sebuah lagi lagu ciptaan Edry Abd Halim.. Lagu Jahat jelmaan Stacy sudah pasti yang akan aku tunggu nanti bagaimana corak persembahan yang Stacy akan sampaikan.. adakah gaya Dance serupa macam dalam klip video lagu ini..?? tu yang tak sabor teman nunggu tu.. dan lagi satu Stacy punya ramai peminat dari kecik sampai dewasa.. tapi untuk lagu ini rasanya ia agak mustahil menang.. 




Terus terang aku cakap.. aku tak pernah dengar lagi lagu nie.. jadi aku tak leh nak komen banyak2.. tapi mengikut tajuk lagu.. tertanya-tanya gak gaya persembahan untuk lagu ini.. tak teringatkan korang pada persembahan terbaik tahun lepas..?? pergh!! mantop!!



Black.. penyanyi hasil keluaran rancangan reality.. punya suara yang mantap hasil tunjuk ajar mama dangdut mas idayu.. tapi dia buh tajuk lagu Sofea Jane.. lagu nie best gak.. tapi bile selalu dengar rasa macam pontianak mengilai pun ader.. sebab suara mamat nie dah same cam bunyi ekzos moto mat rempit..



Kumpulan bawah tanah yang maintain popular dan punya pengikut yang tersendiri.. lagu Ekstravaganza punya identity yang tersendiri.. tak salah kalau nak letakan lagu nie sebagai juara.. tapi harus diingat lagu-lagu lain pun punya keistimewaanya yg tersendiri.. apapun persembahan kumpulan ini gak pasti akan menjadi satu yang ditunggu-tunggu malam ahad nie.


Ok.. skang tiba giliran aku kasi taw.. ramalan aku plak..



JUARA
Kebahagiaan Dalam Perpisahan


NAIB JUARA

Selamat Malam

TEMPAT KE-3

Ku Ada Kamu

VOKAL TERBAIK

Faizal Tahir

PERSEMBAHAN TERBAIK

A.P.I


KORANG PUNYA RAMALAN PLAK MACAM MANA..??



3 comments:

Ad said...

aku harap API menang..tp aku rasa HANYUT yg menang

Awie Omar said...

Salam kenal shiro!!
tibe2 rase nak komen gak
harap2 ekstravaganza arr menang (bukan nak promote blog sendiri k) hehehe

kenshiro said...

tolong ingatkan aku yang semua diatas tak menang hahaha...