Program realiti lawak No 1 negara.. Raja Lawak kembali lagi dengan musim terbaru iaitu musim bunga atau musim ke 5 minggu lepas.. gelanggang yang dibuka secara rasmi jumaat lepas sudah menampakkan sekumpulan pelawak yang akan pergi lebih jauh.. jauh meninggalkan man belon dan man katek..
Harapan yang boleh aku beri untuk sekumpulan pelawak-pelawak yang masuk ke gelanggang minggu lepas.. semoga pengganti arwah Din Beramboi dapat dihasilkan pada kali ini... tapi ianya bukan mudah dan senang semuanya perlu usha dan ketebalan kulit muka adalah keutamaan untuk menjadi seorang pelawak yang betul betul lawak!!
Kalau ko malu-malu kucing buat persembahan dah la lepas tu tak lawak alamatnya sila pulang dengan segera jerk lah.. jangan rugikan air liur penonton untuk gelak paksa!! apa pun gelanggang pertama minggu lepas telah membuatkan sebahagian urat kentut aku putus tah kemana..
Berikut adalah bakal Raja Lawak yang berjaya masuk ke gelanggang Raja Lawak Musim ke 5 kali ini..
Kumpulan Balas
Persembahan mereka pada minggu pertama sangat menjadi.. kisah dulu dan kini yang disampaikan dalam suasana dalam hospital gila telah membuatkan penonton tergelak sambil melepaskan angin sikit-sikit sampai habis cerita..
Kumpulan BoBo
Dua kawan baik yang seorang berasal dari melaka dan kuala lumpur ini kurang lawak pada minggu pertama.. gaya lawak yang kurang menjadi bakal menghantar mereka pulang dengan tangan kosong dengan segera..
EPY
Nie lah makhluk yang bakal memberi saingan pada musim kali ini.. pembukaan cerita pada minggu pertama sudah membuatkan juri rasa nak lempang dia laju-laju!! kening ala ziana zain tu memang tak boleh blah!! hahaha...
Kumpulan KAMI
Satu-satunya gadis pada musim kali ini.. gadis berasal dari utara tanah air sudah pasti akan mencairkan penonton tapi gelanggang raja lawak nampaknya telah membuatkan mereka cair.. lawak yang kurang hot yang mereka sampaikan pada minggu pertama akan membuatkan mereka dalam bahaya minggu ke dua nanti... tapi kalo masuk AF nie mesti undi banyak nie.. hehe..
Kumpulan KopiO
Dianggotai oleh pemuda dari Pahang.. kalau dilihatkan pada bentuk manusia mesti tak leh lupa akan kumpulan dari Pulau Pinang tahun lepas.. tak silap aku Kum. Willey.. Diorg nie punya idea tapi cara penyampainya tidak sampai.. aku harap diaorang nie dapat kekal lama..
Leman
Pembuka cerita pasal penternak Lembu mengigatkan aku pada Pakcik Kordi dalam Majalah Ujang.. pemuda 29 tahun dari kedah ini punya pesonaliti yang yang tersendiri sebagai raja lawak.. gaya percakapan orang kedah tu memang terbaek!! tapi harus diingat yang Raja Lawak ditonton oleh semua orang di 13 negeri..
Kumpulan R2
Kumpulan adik beradik anak pak Ali From Klang ini antara yang mengecewakan pada minggu pertama.. nyaris2 ditendang keluar nasib baik tiada penyikiran. semoga minggu ini ada lawak..!!
Kumpulan TBO
Nie satu lagi Kumpulan yang kurang membuat lawak minggu lepas.. tapi punya idea yang menarik.. semoga minggu ini ada cerita yang lebih baik sebelum menjelma minggu ke 3.
Kum. PUKAW
Nie satu lagi Kumpulan yang berjaya buat urat kentut aku putus sikit2.. dengan status ketinggian anggota kumpulan yang memang aku nak gelak sampai minggu depan!! ko tengok yang pendek tu senteng suar dia sampai paras lutut!! wakakaa...
Nazmi
Pemuda dari Sungai Besar Selangor baru berusia 23 tahun.. kalau nak ikutkan minggu lepas dia lah juara.. lawak pelupa beliau memang buat aku tak kenal mak bapak aku dah.. sumpah lawak!! tak sabar nak tunggu beliau minggu nie!!
MAN
Berasal dari KL.. permulaan yang agak hambar.. lawak yang suam-suam kuku jerk..
Kumpulan Lucky
Kumpulan Lucky nampak kurang lucky pada minggu pertama lawak bersahaja dan kadang2 diselitkan unsur2 agak lucah memang akan buat org gelak tapi gelak tu rasa macam tak berapa nak ikhlas nanti..
Ini pula bukan peserta.. tapi juri tetap 1 Malaysia.. semuanya terbaek dari ladang!! oh babyface tu yang paling tak boleh belah!! wakakaka...
2 comments:
sape pulak la jd raja lawak kali ni..hihi
hahahaha..memang gile lawak si nazmi tu...aku pun tgu lawak die jumaat ni..semakin bertambah lawak bila afdlin, zizan n johan memainkan peranan pelupa gak..terbaik...TOLONG INGATKAN AKU..haha
Post a Comment