Nuffnang Ads


Friday, February 25, 2011

Kisah bayar saman di IPD shah alam...

http://mrul.files.wordpress.com/2010/04/saman-trafik1.jpg

Buat pertama kalinya aku pergi bayar saman dalam hidup aku hari nie.. korang dah bayar ker belom..? tinggal kurang 48 jam saja lagi untuk korang.. korang mendapatkan diskaun harga runtuh dari PDRM.. sale yang jarang kali berlaku ini telah membuatkan aku terpanggil melangsaikan hutang saman yang bertingkat2 hari ini..

seawal jam 8.00 pagi aku bangun tido aku bangun terus ke IPD shah alam dengan semangat nak bayar saman selepas no. giliran habis semalam.!! semangat untuk membayar saman sampai pergi IPD tak mandi dan berpakaian tido sebab takut tak dapat no. giliran lagi hari nie.. ragam manusia macam-macam!! sedikit coretan yang aku leh sharekan.. 

8.00AM - basuh muka.. minum teh o start moto pergi IPD...

8.04AM - sampai IPD orang dah mula beratur panjang walaupun pintu kaunter belum buka..

8.05AM - seorang pakcik bersama kawannya datang.."aku dtg awal nie ingat aku no. 3 dari pintu kaunter dah.. rupanya last jugak".. pakcik itu berada dibelakang aku.. ada lebih kurang 60-70 orang didepan..

8.30AM - barisan muke yang nak bayar saman makin panjang.. berbaris macam perhimpunan hari isnin di sekolah dulu-dulu.. cuma tak angkat tangan letak kat bahu jerk...

8.45AM - kaunter dibuka.. no. giliran diberi.. aku ambik 2 no. satu untuk semakan dan satu untuk bayar saman.. 

9.00AM - lepak diluar balai sampai menghirup udara segar.. sambil hisap rokok.. owh makin ramai yang beratur.. nasib baik no aku 1101.. tu tandanya aku orang yang ke 101....

10.30AM - sesudah semak saman pada no. giliran 2077 aku keluar tengok senarai saman yang memang 3 keping kertas kajang kalah karangan sekolah menengah..!! 

10.45AM - Hisap rokok lagi sambil berborak dengan orang - orang yang memang datang nak bayar saman.. sambil bertukar2 tengok kertas saman masing2...

10.55AM - Line mula slow.. kaunter pun ader 2 jerk.. muke semua orang dah mula macam sharek.. sambil2 berkira-kira berapa jumlah selepas diskaun.. ramai pula yang dok pening kepala asal saman dia banyak sgt.. padahal dia tak der kete pon..

11.00AM - no. ketika ini 1055 lambat lagi.. bfast dengan tak mandi di cafe sambil makan roti canai dan teh tarik.. seorang mamat duduk satu meja dgn aku.. tanye bape saman.. aku jawab dengan bangganya 13!! ko berape..?? 1 jerk.. jawap dia.. tu pun RM 80..

11.35AM- Selesai makan lepak lagi kat luar.. hisap rokok lagi tu..!! sembng plak dengan sowang pakcik nie.. sambil tunjuk kertas saman dia panjang nak mati!! dekat 25 saman lah kalo tengok dari jauh.. sambil mengeluh.. " bulan nie makan beras nasional jerk lah jawabnya"

11.40AM - datang makcik ala datin menyapa.. "tengok nie anak saya punya saman.. nie kalau tak bayar saman nie boleh beli barang kemas sampai lengan nie.." dalam hatiku berbisik..(ade aku kisah)

12.15AM - masuk kembali dalam kaunter.. tengok.. no pada saat ini 1093.. pastu kuar balik..

12.30AM - datang lak seorang pakcik nie.. saman dia ader 1.. RM 80 gak.. sambil dok contact kenalan polis kat Bukit Aman mintak tolong bayarkan sebab no. dia lambat lagi.. 15 minit berlalu.. dia dok beratur gak tunggu no. hahaha...

12.45AM - akhirnya aku bayar saman.. senyum tanpa mandi memang tanda kepuasan sebab habis sudah duit bulan nie..!!!

* jangan jadikan jalanraya macam jalansaya...

 

1 comment:

Koala said...

salam. nak tye encik kena pergi mahkamah juga ke untuk settle kan saman encik ni? sbb dlm saman encik tu tlis kne pergi mahkamah majistret ..