Nuffnang Ads

Tuesday, March 1, 2011

Muammar Al-Gaddafi simpan duit di Malaysia..??

http://www.pollsb.com/photos/o/5161-libya_s_colonel_muammar_al_gaddafi.jpg

Kalau Hosni Mubarak dikatakan menyorok hampir USD 70 Billion di luar negara dalam tempoh pemerintahanya sebagai President Mesir.. kini ramai pula yang memperkatakan tentang kekayaan yang dimiliki oleh President Libya di seluruh dunia.

Beberapa buah negara di barat telah mula membekukan aset milik pemerintah Libya ini..  dari London, AS, Kanada, Swiss, Austria, Italy, Jerman, UAE, Iran, Singapore, Malaysia. itulah negara yang munkin menjadi bank simpanan untuk aset president libya yang memerintah negara yang kaya dengan hasil minyak ini.

Beberapa akhbar asing telah mendedahkan akan simpanan wang dan sebahagian harta Muammar gaddafi di luar negara.. dan munkin di Malaysia salah satunya!!

Britian menyatakan yang beliau memiliki Real Estate yang terdiri daripada perumahan mewah bernilai hampir 16 juta pound! selain itu muammar gaddafi juga dikatakan memiliki pegangan saham terbesar dalam West End Teater yang dianggarkan bernilai hampir USD 1 billion. 

http://media.web.britannica.com/eb-media/63/20063-004-06D41F12.jpg
West End Teater di London

Pada tahun 2002 beliau telah membeli 7.5% saham milik kelab bola sepak Italy Juventus bernilai hampir USD 21 juta melalui anak syarikat dibawah kerajaan Libya.

http://www.vivagoal.com/images/wallpapers/juventus-6.jpg

Beberapa buah negara lagi telah membekukan aset milik beliau yang dikatakan berkoyan-koyan banyaknya.. di Austria, Bank Central telah membekukan aset bernilai USD 1.7 Billion milik gaddafi. hampir USD 6 juta juga telah dibekukan oleh bank negara German. dan Amerika Syarikat juga telah membekukan semua aset yang berkaitan dengan kerajaan Libya yang dianggarkan bernilai USD 30 Billion.!

Beberapa buah negara lagi yang disebut sebagai tempat simpanan aset bagi gaddafi termasuk UAE, Malaysia, Singapura, Indonesia dan sebahagian negara teluk lain.


4 comments:

Myvitrd said...

yang tahu bank negara je.. kalau dah beku..sapa nak cairkan nanti ye.. hehehe

cik 18 said...

kalo pak najib berape byk negara dia simpan ek??

kenshiro said...

kalau nak beku.. senang jerk nak cair.. macam ais..

kenshiro said...

pak najib simpan dalam cimb jerk.. hahaha tak leh beku nanti sebab adik sendiri yg punya bank.. hehehe...