Penutup kedai malam jumaat keliwoon malam ini.. tajuk sudah lama kita tahu tapi saja jerk nak kasi panas balik..tak kira lelaki atau perempuan sama jer!!
Adakah sebab untuk mendapatkan layanan sex kelas perniagaan sanggup pilih orang tua..?? OMG kau memang setupid habis la.. jangan pikir orang muda dan sebaya umur dengan kau kolot tahap jendul.. berapa peratus dan sanggup potong jari kalau aku katakan sebab wang punca minat kat orang yang lebih berusia atau erti kata lain si tua..??
Hari-hari boleh lihat.. keadaan sekeliling di tua tak kira lelaki atau perempuan menjinjing anak ikan pempuan dan lelaki ke hulur dan kehilir.. dalam pemikiran kita sudah tentu.. kalau tak si tua kaya mana kan dapat ikan flower horn!! peribahasa moden yang jangan sesekali tiru okeh!!
Tu belum tengok pulak awek muda beringus meleleh bawak kete sport.. dah-dah tentu dalam pemikiran kita.."tu mesti bapak boya kasi tu.. kalau tak..tak merasala nek kete"dalam nada yang marah tapi sebenarnya jeles yang tidak menentu muncul tanpa di sedari..hahaha.. bergitu juga sebaliknya..
Adakah dengan memilih pasangan yang lebih berusia akan membahagiankan korang..?? nampak bahagia tapi belum tentu bahagia kan.. munkin nampak romantik belum tentu nampak tajamnya keperitan yang dialami.. sebenarnya kita punya akal dan fikiran yang waras untuk menentukan keputusan jalan hidup kita.. dan jangan sesekali merosakan kehidupan sekali seumur hidup kita dengan membuat keputusan yang silap..
Jangan sebab duit kita lupa kita punya maruah.. jangan sebab duit kita lupa asal usul kita.. jangan sebab duit kita sombong dan angkuh bak syaitan..
No comments:
Post a Comment