Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean yang berakhir di Bangkok semalam bersepakat untuk membawa kejohanan Piala Dunia ke rantau ini pada tahun 2030 nanti. sesuatu yang dinantikan oleh semua rakyat di rantau ini untuk melihat sendiri kejohanan paling hebat berlangsung di negara sendiri.
Apa pun bukan mudah untuk membawa kejohanan kelas pertama itu ke rantau ini munkin punya pelbagai rintangan yang perlu diharungi. adakah melalui kata sepakat itu kesemua anggota Asean akan menganjurkanya..?? sedia maklum yang tuah rumah akan layak secara automatik untuk beraksi di pusingan akhir piala dunia.. jadi jika Asean yang dianggotai oleh 12 buah negara.. tak terasa ramaikah jadinya dalam pusingan akhir nanti tidak seperti 32 pasukan yang sedia ada..??
Selain itu masalah dari segi penganjuran dan negara mana yang akan dilakukan upacara pembukaan dan Final perlawanan adalah salah satu masalah yang pernah dialami ketika kejohanan itu pertama kali dianjurkan oleh 2 buah negara asia iaitu Korean dan Jepun.. jadi jika 12 buah negara yang menganjurkan tidak terasa banyak bunyi yang akan muncul nanti..??
Apapun kata sepakat yang dijanjikan itu haruslah ada timbang rasa dan tolong menonlong antara satu sama lain sebab tidak mudah untuk membawa kejohanan itu ke rantau ini.. budget bukan calang-calang.. kelengkapan stadium dan prasarana kelas pertama harus ada untuk menerima penyokong-penyokong bola sepak dari seluruh dunia untuk menyaksikan kejohanan ini.. lihat saja kejohanan yang berlangsung di Afrika..
Jika dilihat pada kesungguhan.. Indonesia sudah mula menyimpan hasrat untuk membawa kejohanan itu ke bumi garuda pada 2030.. mereka sudah mula melobi untuk 2022 lagi.. kalau dilihat pada Singapura adalah tidak munasabah negara pulau kecil itu untuk menerima 32 pasukan bertandang ke negara mereka disebabkan kawasan yang terhad walaupun duit mereka banyak..!!
Malaysia masih lagi mencari sesuatu yang tidak pasti.. dengan pasukan sendiri yang baru nampak nak naik tapi belum pasti naik.. jika kita sudah kuat di rantau Asia tak payah nak tunggu 2030 pun kita dah boleh anjurkan.. kita punya kelengkapan dan penaja yang sedia untuk mengeluarkan modal untuk membina stadium dan kelengkapan yang diperlukan.. kita juga punya wakil penting dalam bandan-badan induk bola sepak serantau..
Semoga impian menteri-menteri luar Asean itu menjadi reality.. kami sebagai rakyat hanya menyokong sedaya upaya yang mampu.. jika tiada kata sepakat.. bukan kampung pening lalat lah namanya.. buat Sang Harimau Malaya buktikan pada perlawanan menentang Taiwan nanti sebagai batu loncatan menuju World Cup 2014!!
No comments:
Post a Comment