Nuffnang Ads


Tuesday, April 12, 2011

Durian dulu.. kini.. dan selamanya..

http://ukashah.files.wordpress.com/2009/10/durian_sijangkang.jpg?w=360&h=270

Sapa yang tak kenal dengan Raja segala buah bagi rakyat Malaysia.. Durian!! buah berduri dengan bau asyik dari mulut sampai ke bau kentut.. walaupun baunya kalah one drop perfume tapi masih mampu bagi kita yang gilakan durian melantak tak pedulikan akan bau yang ditinggalkan.

http://people.timezone.com/pchong/durian/durian4.jpg

Sudah tiba masanya kala ini musim durian kembali lagi.. sana sini tepi jalan orang jual durian.. dari kelas Durian Kampung, D 24, Musang King atau Kucing Tidur mengambil tempat dihati peniaga mengelarkan akan buah berduri ini untuk melariskan jualan diorang..

Menurut Wikipedia terdapat lebih 200 jenis durian sama ada yang semulajadi ataupun yang sudah di klonkan.. seperti berikut :-

Terdapat lebih dari 55 jenis durian, tidak termasuk durian klon, antaranya adalah :-
  • Durian burung
  • Dalit
  • Alau
  • Royal Brunei
  • Durian Anjung Lima
  • Tenom Beauty
  • Kekura
  • Raden Mas Ayu
  • Diamond King
Terdapat 190 jenis klon antaranya adalah :-
  • D24
  • D99
  • D123
  • D145
  • D158
  • D159
  • D169


http://farm2.static.flickr.com/1224/1298527252_96af61efd5.jpg
 Nie jenis Musang King

 Bagaikan menyambut perayaan bila tiba musim durian adalah wajib setiap tahun merasai durian pada musimnya.. cuba jerk tanya peniaga yang jual durian pasti durian dari pahang dan perak yang dipetik untuk menyakinkan pembeli.. sedangkan banyak durian yang diorang ambil adalah dari Thailand..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2Yatu4EXRtQ-BDr9eCu2MznKEOe8cF15yO3Bka8XTvtbcqcrmwK4goYACaGIIJDnktuCSGk_V06dHVwJN581waUjGNOX6tPYSpKOGb_oao9g0kqObVS4aoRXm2h-MjxQi6r3B8lmni30/s1600/durian-kucing-tidur.jpg
Nie spesis Kucing Tidur..

Kalau inginkan buah durian yang sebenar eloklah ke tempat-tempat yang sememangnya lubuk buah durian seperti di Pasir Salak di Perak, Temerloh di Pahang, atau di sekitar Teluk Kemang di Negeri Sembilan.. jangan dok percaya sangat pasla buah tepi jalan yang ader kat KL nie.. tak caye lagi buleh gie terus Durian Tunggal kat Melaka dah tentu2 lubuk Durian.. kalo takan nama tempat pun Durian Tunggal kan..?

http://svr225.stepx.com:3388/durian/file/85270.jpg
Royal Brunei

Jadi bagi mereka yang memang tak berminat dengan durian.. adalah malang bagi anda hidup didunia ini kerana tidak dapat merasai akan kenikmatan buah ciptaan tuhan yang cukup istimewa ini.. dan jangan lew marah bile ader sendawa atau bau durian dalam Lif korang bising.. cuba la paham orang yang makan durian tu pun kadang-kadang punya perasaan.. hahaha assalamualaikum!!!


No comments: