Ini cerita sambungan nasi lemak penyebab obesiti dikalangan rakyat malaysia.. nampaknya belum sampai jalan penamatnya lagi.. tengok tajuk memang jenuh nak memikir apa punya punca orang gemuk kat malaysia nie.
situasi yang sering kita lihat dan alami dan munkin kita lupa untuk ingat kembali aku cuba ingatkan korang kembali.
* Semasa kecil atau adik korang masih bayi.. tidak ingatkah mak korang suruh minum susu supaya badan sihat dan gemok..?? dan mak korang akan membebel sampai petang jika kau orang tak makan..??
* Mak korang akan bangga suka berdekah2 bila orang puji bayi mak korang sihat montel sedap dicubit2..!! bayi mak korang tu sama ada korang atau adik korang..!!
* Bila sudah meningkat ke alam persekolahan jika korang kurus kering cam lidi jugak akan merisaukan mak korang.. mak risau korang nanti senang kena buli dek orang lain.
* Bila sudah di alam sekolah menengah korang dah boleh pikir akan cara terbaik untuk jaga badan.. tapi tidak terasa poyo sangatkah untuk jaga badan dikala itu..? bagi yang gemuk memang kawan korang akan ramai time nie.. kerana cukup sihat dan kuat untuk buli si kering..
* Mak korang akan masak sedap-sedap dan suruh korang makan jugak.. padahal korang baru jerk makan kat luar sebelum balik kerumah.. kalau korang tak makan nanti mak korang ugut tak nak masak dah sampai bila-bila..!!
* Kalau balik kampung atau pergi rumah pakcik-pakcik dan saudara mara korang akan ditahan reman untuk pulang sebelum tuan rumah masak sedap-sedap sebelum korang beredar..??
* Musim perayaan memang tidak lari dengan juadah rendang, lemang dan santan-santanya.. setahun dua kali jerk tiba.. tu pun raya puasa dan haji.. cuba pergi beraya rumah orang tak makan.. tak rasa bersalah ker tuan rumah masak 2 hari 2 malam siapkan rendang dan lemang..??
Persoalan gemuk salah atau tidak bukan lah pokok utamanya.. cuma kita perlu pandai mengawal akan tabiat pemakanan kita dari kecil.. dan jangan salahkan mak korang pula.. nasi lemak pun tak buat salah apa-apa untuk jadikan korang gemuk..
Renung-renungan dan selamat menginsafi..
No comments:
Post a Comment