Nuffnang Ads


Tuesday, April 19, 2011

email 1 Malaysia untuk rakyat Malaysia.. selamatkah..??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_jBTtSUlhCT-7OjxFDRNSNJ9R8bRg4tPUQ_WmLchYD9KHBpjklEpE4k9UfaC4vD3tSj-_scL_BVvIFzJi0q0XrSZvju8YGG3lGWWvNwXor_3X0qWRAwG6X4YzvChehGTyQl6gqGab8J4/s1600/Email+Signature.jpg

Perdana Menteri hari ini mengumumkan 7 lagi pelan tranformasi ekonomi bagi meningkatkan ekonomi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.. salah satu dari pelan yang dicadangkan akan dilaksanakan itu adalah email 1 Malaysia yang khusus untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

Apa kejadahnya email ini..?? 

email ini akan menjadi email peribadi setiap orang. segala maklumat dan kegunaan kita sehari-harian boleh disimpan didalamnya.. dengan aplikasi pelbagai cara memudahkan rakyat negara ini yang semakin pandai berkomputer.. urusan pembayaran bil dan segala maklumat boleh disimpan didalamnya.. ia diibaratkan pangkalan data yang dicanang-canangkan sebelum ini..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJuHMVWNBHqCkhHBW3BQhmeqP9Ue8r8ICCGe225Mie91wyW3iWplcQTcjwLLjfzQInEgoxY7CsdXZSMASbwA9fFi7Yi22SxXQ1UjoaBlmq6gjFvkR7TmoO3DsSK6X_4g7CQdX8qm5arqc/s1600/kids.jpg

Kebaikan..??

Munkin ada kebaikannya dari segi pengurusan fail-fail atau dokumen yang sebelum ini kita letak berterabur sana sini.. maklumat kita semua dapat disimpan didalam satu email lengkap tanpa sebarang masalah. 

Keburukan..??

Sejauh mana keberkesanan system email 1 Malaysia..?? adakah jaminan tentang data yang disimpan..?? dan bagi mereka yang tak duduk depan komputer dan tak taw akan kegunaan komputer bagaimana pula..?? adakah ia sesenang yang digambarkan..??

http://banking-online.us/wp-content/uploads/2009/03/banking_online1.jpg

Kepada Kerajaan...??

Ia munkin memudahkan.. lagi menyenangkan segala urusan yang ada.. maklumat dan segala berita semasa boleh disampaikan kepada rakyat.

Kepada Rakyat..??

Munkin salah satu langkah kearah negara maju.. menjadikan rakyat lebih sering kali buka email dari bermuka buku.. rakyat lebih jimat masa dan peningkatan obesiti rakyat juga dapat ditingkatkan tanpa memakan nasi lemak.. sebab kita boleh online siang dan malam menyelesaikan segala urusan..

https://campus.texarkanacollege.edu/file.php/1/j0316779.jpg

Semoga projek yang menelan belaja RM 50 juta ini dapat memberi sinar baru dalam memantapkan ekonomi negara.


No comments: