Nuffnang Ads

Friday, April 22, 2011

selamat hari bumi !! tiba masa untuk renungkan kiamat...

http://atyourservice.blogs.xerox.com/files/2010/04/EarthDay.jpg

Hari ini Jumaat 22 april 2011 tanpa kita sedari hari ini adalah hari bumi.. hari bumi diwujudkan oleh seorang gabenor di amerika syarikat bernama Gaylord Nelson pada 22 april tahun 1970. saban tahun lebih 172 buah negara menyambutnya hingga hari ini.

Hari bumi juga menjadi titik tolak kepada kempen alam sekitar bagi menyeru manusia yang ada dibumi ini menjaga dan memulihara alam sekitar ini daripada musnah. walaupun kadang-kadang bencana yang menimpa itu adakah kejadiah semuajadi tapi kita semua kena beringat yang pada suatu hari nanti akan berlaku juga hari kemusnahan yang dasyat iaitu kiamat.


Apa bencana yang paling dasyat pernah bumi alami..??

http://2.bp.blogspot.com/_8c9El0DZBI8/TM_ESTMrm1I/AAAAAAAAAHA/el5BAGruUZ8/s1600/krakatau.jpg

Letusan Gunung Berapi Krakatau di Indonesia contohnya direkodkan sebagai letusan gunung berapi paling ganas pernah berlaku didunia, kejadian pada 26 ogos 1883 menyebabkan awan panas merebak hingga dapat dirasai disebahagian negara utara asia seperti india dan russia. letusan dengan kekuatan yang sangat kuat sehingga boleh didengari sampai ke benua Australia dan Afrika, para pengkaji menganggarkan letusan itu 30,000 kali lebih kuat dari pengeboman yang berlaku di Hiroshima.!! lebih mengerunkan disebabkan awan debu yang diluahkan oleh gunung berapi itu menyebabkan perubahan iklam dunia berlaku. dan awam gelap menyelubungi seluruh dunia untuk tempoh 6 bulan.!

http://www.dailygalaxy.com/photos/uncategorized/2009/01/07/1918_pandfemic.jpg


Virus yang hadir juga memberi kesan kepada sejarah silam kemusnahan didunia ini munkin kita tidak tahu pada tahun 1330 sehingga 1350 berlakunya peristiwa The Black Death yang berpunca daripada pembiakan bakteria telah mengakibatkan 70 juta penduduk Eropah mati macam tu jerk!!

Banjir juga telah meragut banyak nyawa, banjir yang terjadi di Sungai Kuning, China dianggap sebagai antara banjir yang paling besar pernah bumi alami, hampir 3 juta orang disyaki terbunuh pada kejadian yang berlaku pada tahun 1931 ini.

http://www.edgarcayce.org/uploadedImages/Edgar_Cayce/Ancient_Mysteries/2004-tsunami.jpg?n%5Cu003d8885


Kejadian gempa bumi munkin menjadi yang paling kerap terjadi didunia.. setiap tahun pasti ada kematian akibat gempa bumi ini, gempa pada tahun 26 Disember 2006 pada kekuatan 9.3 Skala Richter dicatatkan sebagai gempa bumi paling kuat pernah direkodkan menyebabkan hampir 300 ribu nyawa melayang dan kesan akibat gempa menyebabkan tsunami belaku hingga ke benua afrika.

http://www.katrinadestruction.com/images/d/10377-3/water+rushing+through+new+orleans

Taufan Katrina antara bencana alam yang paling teruk pernah terjadi. 18 ribu nyawa hilang disebabkan taufan, menyebabkan amerika syarikat berkabung beberapa hari hampir keseluruhan Negeri New Orleans musnah dan hingga kini kerja baik pulih masih dijalankan.

Adakah Negara kita selamat..?? munkin kita lupa.. banyak juga kejadian yang menyebabkan kita sedih dan sengsara didunia ini.



http://media.bigoo.ws/content/97/286397/Earth-Day-2.gif



4 comments:

Syuk Ry said...

nice entry..

Inche Vampire said...

save the earth!

Farhana Jafri said...

manusia skrg lupa yg bumi dh tua.. prlukan prhatian lbih tpi pe yg mnusia buat abaikan.. abaikan and abaikan.. bila dtg bencana bru la nk sedar.. sme2 la kite ubah sume ni :)

jemput singgah ANASAURUS :)

budak.bandung.laici said...

selamat hari bumi sedunia