Nuffnang Ads


Monday, May 30, 2011

Bila eletrik naik harga.. TNB pula kena babi..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg04XRp9yCfGSLN9Ur7caj2wZZRO6AXgxH755hRzVJW_BYhSfxsiLYUKeIaoAS_dWwh2omytt1dz-B9nhBaI2FY3lr6vFsG07VTUTywr6QM1DOeZ1LYyRlJ-JctTCN0Nua0frrztwBwK8mT/s200/tnb-logo_centre.jpg

Semalam kita rakyat Malaysia mendapat satu lagi khabar gembira.. iaitu kenaikan harga eletrik!! kegembiraan tidak terkata itu disambut bagai mendapat cahaya mata yang baru.. tidak mampu berbuat apa-apa kecuali terdiam dan mengeluh..

Sudah mula menconggak-conggak akan bil api yang akan datang bulan depan berapa agaknya jumlahnya..

http://beritadaily.com/wp-content/uploads/2011/05/tarif-elektrik-naik.jpg

Berikut petikan khabar gembira dari Putrajaya :-

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menaikkan kadar purata tarif elektrik sebanyak RM2.23 senkWj  (7.12 peratus) berkuatkuasa 1 Jun depan.
Ini berikutan peningkatan harga gas bagi sektor elektrik dan industri sebanyak RM3 yang juga berkuatkuasa lusa.
 
Sehubungan itu, tarif elektrik akan dinaikkan daripada kadar purata semasa RM31.31senkWj kepada 33.54senkWj, satu kadar baru selepas kali terakhir ditetapkan pada tahun 2006.

Perkara ini dimumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui dipejabatnya di sini hari ini.

Namun begitu, kerajaan memutuskan kenaikan ini tidak akan melibatkan 1.1 juta pengguna domestik (19.1 peratus) yang menggunakan elektrik antara 201 hingga 300kWj sebulan (kekal pada kadar unit 33.40sen/kWj).

“Ini bermakna 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj (kira-kira RM77) sebulan atau kurang.

“Manakala penggunaan antara 301 sehingga 1000kWj sebulan yang melibatkan 1.39 juta pengguna atau 23.5 peratus daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik di antara RM0.07 hingga RM30.30 (0.1 peratus hingga 10 peratus),” katanya dalam sidang media petang tadi.

Hebat kerajaan kita nie.. disejukan hati kita dengan tidak menaikan harga petrol RON 95.. dalam masa beberapa hari saja.. buat hati kita panas kembali.. hehehe.. apa lagi..?? TNB pula kena babi...


http://mynewshub.my/bm/files/2011/05/electrical-discharge-in-multiple-sparks-from-prongs-pins-of-UK-electric-mains-plug-3-prong-fuse-carrier-in-base-rescan-rescan-rescan-AJHD-565x420.jpg

No comments: