Nuffnang Ads


Sunday, May 29, 2011

Perhimpunan sejuta belia capai matlamat..

http://blog.mohdisa.com/media/hari-belia-negara-2011.jpg

Matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk menhimpun sejuta belia pada hari belia pada tahun ini menjadi kenyataan.. 200 aktiviti yang dirancang berbulan-bulan akhirnya terlaksana sudah. sambutan hari belia negara tahun ini yang diadakan di Putrajaya telah mengubah sama sekali Pusat pemerintahan kerajaan persekutuan itu menjadi sebagai tapak pertemuan para belia dari seluruh negara.


Satu langkah yang bijak untuk mendekati para belia yang ternyata sampai kepada golongan belia.. kemuncak sambutan hari belia yang diadakan pada sabtu ialah amanat dari perdana menteri kepada belia dengan pengumuman 6 inisiatif belia negara.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/367/22d04bf40db1b3dab9645f3580a1d3ac.JPG
Berikut adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri :

- Menwujudkan taman belia di Putrajaya selaras dengan Putrajaya sebagai pusat pemerintahan kerajaan persekutuan.. ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mendekati belia.

- Menwujudkan parlimen belia yang serupa dengan sistem parlimen yang sedia ada.. dengan terlaksananya parlimen belia ini.. suara dan pendapat para belia dapat kerajaan dengar dengan wakil parlimen belia dari seluruh kawasan di negara ini.

- Menwujudkan portal belia untuk mengemaskini kegiatan belia dinegara ini.

- Memperkenalkan ikon belia sebagai tanda penghargaan dan contoh kepada belia-belia yang ada.

- Program My Corps bagi memupuk semangat sukarelawan dikalangan belia untuk semua kegiatan.

- Program The Leader iaitu mentor mentee iaitu dengan memberi galakan kearah menwujudkan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, aktiviti sosial, pentadbiran dan profesional.


Apapun masih ada yang ingin diperkatakan... walaupun matlamat menghimpunkan sejuta belia itu tercapai tapi jika dilihat pada penyertaan adalah kurang dan masih banyak belia yang kurang untuk mendekati dan menamati akan hari belia ini.
Lokasi iaitu Putrajaya yang menjadi lokasi kali ini sedikit sebanyak menjadi sebab kurangnya belia untuk hadir menyertainya.. dengan sistem kemudahan awam yang kurang dan keadaan tempat penganjuran yang boleh dikatakan tidak teratur. 

Apapun usaha kementerian belia dan sukan  dilihat berjaya untuk menyampaikan mesej kepada belia dan ianya tidak diharap terhenti disini.. semoga pada tahun depan acara sebegini akan dilakukan lagi.

Salam hari belia.. :)

Eh.. jom layan gambar sekitar hari belia...






 

http://www.haribelianegara.org.my/wp-content/uploads/2011/02/250220111621.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeGi_A-cuDFt9cIj16_ChNGUGmet9eAwvexduJgdfeq6fJ5cPzrz16bu43M82_7V0hdA5-wIG7NPzz3-IxReMR4AAl-JUVXyYyFCDOVOywXzbFakq3pqCjJx0GpHrklhb4viEZRQ5iN2iZ/s520/perlancaran+hari+belia+negara.jpg 

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/ptj23_280511_belia.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdSlqxwCOwSI5F-TwaW2JrWqFQ0zYrQqlGivRdOX6vqUwZwFFKiIvVYfMvcPyK-asoNyWhGw-Z4iKl6UvCwSNIPg1kspqQAQiKMR2gaDtwU5RqU-fUBYOsrMbFZjMstTxOW8K-6HfMIVw/s640/IMG_0646.JPG 




No comments: