Nuffnang Ads


Wednesday, May 25, 2011

Bila kerajaan mengeluh pasal subsidi.. apa sudah jadi..??

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKyozSIu78cTnP9U7ySLcGbBDGPK-wIsL8ybeT_jden2TG92dAtOauFqYTnlPuv8MsDALCUSqfSTsnLucXy5EfoxhQTUUb9DN0zk2XG9OrpnTA2yTnsW5dtUhG9gBGXo-w_HE3wBniaPc/s1600/kurang-subsidi.jpg

Subsidi Minyak, gula, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain sering kita dengar.. tapi rakyat pasti marah bila kerajaan naikan harga barang seperti petrol dengan alasan tanggungan subsidi kerajaan yang tinggi. persoalanya adakah masalah dalam pentadbiran kerajaan dibawa kepada rakyat..??

Sejak akhir-akhir ini sering kedengaran pasal subsidi.. selalunya rakyat yang bising pasal subsidi nie.. tapi kini sudah tukar.. kerajaan pula yang dok sibuk pasal subsidi.. terpanggil juga aku untuk bersuara pasal hal ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEit_Ksn_mrXWg4Rzv8cDdsME76qz8ZZuilcWTDIhpJToL5zhoV5N31XXgx_5uWfSGnEbIamPTHMxKoJ982bcynjmXgHpx-WoJlyqCeTr2P0hsM9tEdnGg16loOiWaGoS1KtvJSo4vsSeks/s1600/minyak.gif

Kerajaan menyatakan yang mereka terpaksa menanggung kos subsidi yang makin meningkat sejak akhir-akhir ini.. terutama sekali subsidi yang diberi pada petrol ron 95 dan juga gas NGV... kerajaan terpaksa menanggung kos puluhan billion ringgit untuk subsidi bekenaan.

Persoalan aku kini.. ini kah kerajaan yang bijak..?? sampai mengeluh pasal tanggunggan subsidi kepada rakyat..?? apa kerajaan sudah hilang punca untuk menyelesaikan masalah sehingga kongsi masalah itu dengan rakyat atau dengan cara menaikan harga terbabit kerajaan dapat menyelesaikan masalah.

Pokok pangkal ungkapan "Rakyat Didahulukan" kini tidak lagi menjadi kata semangat.. hanya sekadar laungan dikala perlu.. apa kerajaan masih mengharapkan duit rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka..?? apa guna rakyat memilih kerajaan yang ada sekarang jika tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan kita miskin kah..??

Setahu aku perolehan kerajaan dalam setahun cukup banyak dan kalau nak dikira memang banyak.. kalau nak ikutkan cukai sahaja dah boleh cecah puluhan billion!! itu hanya cukai.. belum masuk lagi dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan yang sememangnya besar gedabak perolehanya..

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2008/03/18/2695161p.jpg

Persoalan aku lagi pasal petrol.. negara kita nie merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak didunia.. dan Petronas merupakan antara syarikat petroluem terbesar didunia yang dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.. kenapa harus berkira pasal subsidi..?? Petronas untung berbillion ringgit setiap tahun..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1v8uJ_L9Ef9q9RXwIllFG1GEVW9ACmwIp0qlj7CBMl_tSFh7Iru2a2OHK9eNvNW2kVQzexl1DiqEHzivIZcipO93TsPTabP15TlPAm04T_jCHW4wK2HHpqIvpzeOJuQBvcLAb_lwmtTw/s400/gula.jpg

Persoalan aku pasal gula.. Malaysia juga antara pengeluar gula terbesar didunia.. kenapa harus dibangkitkan isu subsidi harga gula berkenaan.. adakah kerana rakyat negara ini suka makan manis2 kerajaan naikan harga demi menjaga kesihatan rakyatnya..?? apa punya cara..??

Persoalan aku pasal beras.. kerajaan mengambil tindakan yang agak kejam dengan menarik balik subsidi harga beras sehingga kini harga beras cukup mahal dipasaran.. dan bagi menjaga hati rakyat hanya beras keluaran nasional yang dah macam beras kasi makanan ayam diberi subsidi.. itu pun terhad!!

http://4.bp.blogspot.com/_klLOq0epYVs/SvF8M5IRGfI/AAAAAAAADZ8/sVkuUFbcV5A/s400/beras.jpg

Persoalan aku pasal minyak masak..  Sime Darby merupakan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit terbesar didunia.. keluasan ladangnya berlipat kali ganda dari keluasan Malaysia.. dan jangan dikira pula hasil pendapatan tahunan syarikat ini.. apa kerajaan perlu mengeluh juga pasal subsidi harga minyak masak..?


Bukan melayu yang mengeluh pasal ini.. rintihan kaum cina juga amat kuat untuk menolak kerajaan yang sedia ada kini.. aku amat takut mendengarnya.. mereka tidak kisah kalau pimpinan tertinggi ambil rasuah.. tapi mereka akan risau jika ekonomi pada masa sekarang menyusahkan mereka.


No comments: