Nuffnang Ads


Monday, May 30, 2011

Elektrik naik harga.. TNB kasi tips jimat elektrik.. sila ikut kalau anda pengguna bijak!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTpfuEoRiQgAHn-aajxvtBZOnLoIxKlZY_U_1lwvb8f3pKyMEcMtdA8XCkW8lJRrefXDli3UTgJzXg7NmuqZzZRFFSThUNxDfmALreetbZ_8YFaFHn0QWJx48nF9rNYm19iMIP179w5SU/s320/psbanner238x189jimat-letrik.png

Bermula esok kadar tarif elektrik pengguna di negara ini akan mengikut kadar baru yang telah diluluskan oleh kerajaan.. jadi bermula esok juga korang-korang perlulah berhati-hati mengunakan tenaga elektrik. bagi menyejukan hati rakyat negara ini TNB berbesar hati memberi tips-tips yang boleh korang ikuti supaya bil elektrik korang tidak seperti merasai kenaikan harga elektrik.. hahaha...

Berikut adalah tips-tipsnya..

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup. Jika anda tiada dirumah padam semua lampu yang ada.. supaya senang perompak atau pencuri memasuki rumah.


http://litarelektrik09.files.wordpress.com/2009/08/bulb_on.gif?w=550&h=400

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'. Kalau boleh tanggalkan semua suis yang ada dengan wayar-wayarnya sekali..



Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara. Kalau rasa kipas korang gunakan elektrik yang kuat.. gunakan kipas lipas!!



Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya. Lebih jimat kalau guna pelita atau lilin.. mudah terbakar!!


Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang. Jangan lupa suruh mak korang giling cili kering untuk wat sambal.. sebab blender juga guna banyak elektrik!!



Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri. Kalau boleh satu keluarga duduk diluar rumah sahaja.. boleh gunakan lampu jalan yang sedia ada...


Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Dan lebih molek jika setiap minggu pergi bawa kain basuhan itu ke sungai-sungai berdekatan basuh lah dengan mengajak jiran2 terdekat.. ala-ala filem melayu lama tu!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgtalkrbgCzwl5n3wgDJmVdUZLwBR4-CWfGPaY3-tQyQ1Jc8enoWiLYxuHIMToz2iDlbmMvrt9n_n7oEMrtFZOc3vk7rhEfaCneDPgxVqAJYfKtXK5il9wFOM32B9MNfCzbzMuibPv8g/s1600/laundry11.jpg


Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan. Apa kaitan pintu peti ais dengan elektrik../??


Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda. Apa kaitan peti ais dengan TNB..??


Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja. Dan jika tiada apa-apa lagi yang perlu dimasukan ke dalam peti.. apa kata korang saja yang duduk dalam peti tu..


Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.. Dan memasak di dalam peti ais..


* Yang wana merah jangan la ikut!! hahaha...


4 comments:

Rosie Posie said...

part kipas lipas tu aku suekkkkkk =)) =))

rara said...

ahhahahahahhahah

Rafi Nilhan said...

wahh..komplen ke nih.. ? :)

master_red_lion said...

ak rasa mcm kalo freezer penoh la guna lebih2 tenaga... =.="