Kalau dulu yang bawak tongkat dan raga tisu akan berjalan dari meja ke meja di kedai makan untuk meraih simpati.. tapi sekarang ada teknik terbaru dari segelintir manusia untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai untuk meminta sedekah iaitu di persimpangan jalan!! haiyoo.. kalau tengok cerita senetron selalu la nampak cam mana orang kat negara seberang mintak sedekah jual jamu dikala kereta behenti dipersimpangan jalan.. now.. kat Malaysia pon dah ada!!
Sempit sangat kah hidup sampai tiada cara lain untuk mendapatkan rezeki..?? susah sangat kah hidup sampai terpaksa berhujan panas ketuk dari tingkap ke tingkap kereta meminta sedekah...?? kalau nak dilihatkan tubuh badan sihat jerk.. tapi kenapa pekerjaan sedemikian yang menjadi taruhan..
Memang cacat habis permandangan melihat aksi sebegini di Malaysia.. tambah-tambah pula di Kuala Lumpur.. terasa malu plak pada pelancong yang datang ke negara ini bile lihat diorang nie dok mintak sedekah kat tepi jalan..
Kemana pihak berkuasa yang berwajib..?? sedia maklum jika sebelum ini sudah banyak kes penipuan yang menguna pakai orang kurang upaya untuk meminta sedekah terjadi.. tetapi masih terjadi.. dan sampai bila..?? kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas pada mereka ini kerana ianya sama sekali merosakkan permandangan.
Buat yang terlalu permurah anda dinasihatkan mendermakan duit yang banyak korang tu ke tabung-tabung masjid atau rumah-rumah anak yatim yang sudah tentu-tentunya betul dan yang lebih pasti pahala korang dapat.. ini tidak.. asal orang hulur tisu mintak sedekah korang pun dengan prihatin dan belas kahsian kasi kat diorg nie.. tapi korang tidak tahu yang diorang nie bekerja mintak sedekah untuk ketua diorang..
No comments:
Post a Comment