Korang pernah terbayang tak apa makhluk yang paling jahat dan kejam dimuka bumi ini..?? aku mendengar seorang bercerita yang telah membuatkan aku untuk berfikir panjang tentang hal ini.. dalam kerancakan mendengar cerita beliau tentang pengalaman beliau didalam hutan.. keluar pulak ayat yang buat aku tersentap.
Dengan bersungguh beliau bercerita.. yang beliau tidak takutkan akan harimau dan ular didalam hutan sebab binatang tu lebih takutkan beliau.. sebab dia cakap dalam dunia nie makhluk yang paling kejam dan ganas adalah MANUSIA!!
Dalam setelah tersentap seketika aku berfikir akan apa yang beliau cakap kan.. ada benarnya..!! kejam sangatkah manusia..?? ganas sangatkah manusia sampai binatang pun kalah..??
Kes Buang Bayi
Sedia maklum yang tabiat buang bayi merupakan satu tabiat yang hanya ada pada manusia.. korang pernah tengok kucing buang anaknya..?? korang pernah tengok ibu kucing yang kehilangan anak..?? bagaimana dengan ayam betina yang baru melepaskan telur dan korang rembat telur dia tu.. ?? Manusia lebih bangga lahirkan anak dan campakan zuriat yang dikurniakan ke dalam tong sampah atau sungai.
Kes Bunuh
Selalu kita lihat kalau binatang bunuh binatang lain sebab dia lapar atau terancam.. tapi Manusia boleh bunuh sesama sendiri akibat salah faham atau masalah-masalah yang kecil. malah lebih teruk sampai ada yang bunuh ahli keluarga sendiri tanpa rasa bersalah.!!
Kes Tak Taw Malu
Kes tak taw malu.. zaman skang nie lagi la.. dah ramai yang memang tak tahu malu dah lebih bangga kalau berbogel dari berbaju.. malah lebih seronok jika berpakaian menunjuk apa yang patut dari melindungi apa yang sepatutnya.. mak ayam kalau tengok anaknya bulu tak sama dengan dia pun tak mengaku anak..
Fitnah
Fitnah nie ibarat asam garam dalam kehidupan manusia.. aku tak taw la plak binatang style fitnah dia macam mana .. tapi kalau diikutkan cara manusia buat fitnah rasanya lebih dasyat!!
Merosakan Alam
Bencana alam dan Malapetaka yang melanda bumi bukan sebab binatang tetapi Manusia itu sendiri.. sering kita dengar dan kita semua tahu.. tapi adakah kita peduli akan hal itu..?? malah kita sebagai manusia pula yang menjadi ancaman pada haiwan-haiwan yang ada dibumi ini.
Masalah Sosial
Setakat nie belum pernah lagi tengok Lembu pergi disko atau Kambing isap dadah.. setakat nie manusia jerk yang paling berjaya untuk lakukan aktiviti seperti itu.. jadi sebagai manusia tidak malukah kita pada lembu dan kambing..??
Itu sedikit cerita pasal makhluk paling kejam didunia.. kalau nak cerita dengan lebih panjang memang panjang.. sampai besok tak habis.. adakah kita pernah terfikir yang kita ini lebih kejam dari binatang..?? kita takutkan binatang sebab dia memberi ancaman pada kita.. tapi kita tidak takut bila memberi mereka ancaman..
Memang tidak semua manusia kejam dan zalim tapi bila sudah nila setitik masuk dalam susu satu baldi dapat nama.. cuba jerk binatang boleh cakap bahasa melayu.. tah ape-ape la dia maki manusia agaknya.. hahaha...
No comments:
Post a Comment