Nuffnang Ads


Saturday, June 18, 2011

Kelebihan ada bapa.. selamat hari bapa...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq2TuxhApyJfenWcoy8jmjJWYL3WezP8MEqrOEkHJBhS8rZmJ9RSSDZukb1W0KsJ-62_PTEZTt0uYjysT-O7r530WN10SZILql-OInYkg1uzREXiWvivnLzjLZJPj1p7r1t_u1Fl4vkJZH/s400/father-and-son.jpg



19 Jun 2011 adalah tarikh istimewa bagi mereka yang bergelar ayah, bapa atau ayah.. tidak kira kita masih punya ayah atau pun tiada kita mesti sambut.. walaupun hari bapa tidak setouching ibu.. jika dipikir-pikirkan balik tugas dan jasa ayah dalam kehidupan kita itu tidak jauh bezanya dengan apa yang dikorbankan oleh seorang ibu.

Jika tiada ayah tiada lah kita .. ungkapan sering dengar tapi kite sering lupa.. munkin kita tidak ingat dikala dilahirkan siapa orang yang paling gembira menyambut kelahiran kita selain ibu.. munkin kita tidak lupa siapa yang pertama kali memperdengarkan azan kepada kita.. itu lah ayah..

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/35678_126965600677082_108027769237532_142194_5169184_n.jpg



Munkin kita lupa semasa kecil bagaimana ayah bersusah payah mencari rezeki untuk besarkan kita.. mencari wang membeli susu dan makanan yang berkhasiat untuk anaknya.. kita munkin tidak ingat siapa yang membawa dan ambil kita pulang dari sekolah.. kita munkin tidak ingat pada siapa kita mengadu bila ibu memahari kita.. itu semua pada ayah..


http://www.baby-pictures.org/wp-content/uploads/2009/09/Muslim-Baby-Newborn.jpg


Apa kita tidak bersyukur kita punya ayah..?? segarang mana ia tetap ayah kita.. sejahat mana ia tetap ayah kita.. semiskin mana ia tetap ayah kita.. apa kita lupa ia darah daging kita.. dikala kita sudah besar kita munkin lupa akan jasa ayah.. dikala kita sudah bekerja dan mencari rezeki sendiri kita lupa ayah kita.. bila kita sudah bekeluarga kita lupa ayah kita.. 

Semua orang ada ayah.. jadi tak salah untuk kita memberi keceriaan walau sehari untuk mereka.. tak sehari suntuk untuk kita kasi al-fatihah pada ayah kita yang sudah tiada.. berkat doa ayah juga kita berada hingga hari ini.. Selamat Hari Bapa..!!


3 comments:

Artzlizan said...

yang masih berbapa...berbaktilah...yang tiada bapa...doakanlah...

Sal Saari said...

hargailah kedua ibubapa selagi hayat mereka...
ayah & ibu sy sudah tiada..

kenshiro said...

semoga kita sentiasa ingat akan mereka tidak kira yang masih ada atau yang tiada..

salam al-fatihah buat kedua ibu bapa sal..