Nuffnang Ads

Friday, June 3, 2011

Maharajalawak Tour in Penang.. Sepah & Jambu Terbaik!!

http://4.bp.blogspot.com/-1L27oETjiGg/Tahu57pUipI/AAAAAAAAAy4/fWonwneMPno/maharaja+lawak.jpg

PISA, Pulau Pinang semalam menjadi lokasi pertama Tour Maharajalawak. aku baru saja habis menonton ke semua persembahan mereka kat youtube.. sebab semalam tak dapat tengok live disebabkan ader undangan oleh X-Men di TGV.. hahaha.. jadi kesimpulan mengenai keseluruhan Gelanggang Tour Maharajalawak akan dikupas satu-satu dibawah.

R2

Kumpulan yang diserap masuk kembali sekali gus memberi peluang kepada pasangan adik beradik ini beraksi di final memang dianggap bertuah. apa pun persembahan mereka semalam tidak menampakan mereka ini bersungguh untuk menghasilkan lawak. 

http://3.bp.blogspot.com/-xgF45jTmuHE/TZXxzd94v1I/AAAAAAAACMQ/3PLUL4FPyH4/s1600/Sepah+Maharaja+Lawak.png

KUMPULAN SEPAH

Secara tradisi nya aku memang minat habis kat Kumpulan Sepah nie sejak diorang masuk Raja Lawak lagi.. lawak diorang korang boleh dilihat sendiri kesungguhan dan macam mana diorang buat lawak itu mesti ada jalan cerita yang menarik dan boleh membuatkan orang tergelak.. walaupun bunyi agak kasar.. itu lah yang orang gelakan..!!

JOZAN

Secara peribadi.. persembahan semalam seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga dan mengisi undangan untuk slot ke final.. tak nampak sangat apa kelebihan Johan dan Zizan yang sememangnya sudah punya bakat dan pengalaman dalam bidang seni ini. 

http://www.adamroslan.com/wp-content/uploads/2011/05/maharaja-lawak-jambu.png

KUMPULAN JAMBU

Sebenarnya aura orang sungai amazon minggu lepas masih belum reda tapi kali ini Jambu bawak satu lagi tabiat yang akan menjadi ikutan orang ramai.. "Haaa..??" tagline orang pekak.. jangan korang hairan bile pergi pasar lepas nie ramai makcik2 yang akan " Haaa..??" sebab Jambu! hahaha.. Kesungguhan Jambu dalam membuat persembahan bakal menjadikan mereka Maharajalawak.

NABIL

Terus terang cakap.. Nabil sejak dua menjak nie kurang sangat orang minat.. menyampah dan tah ape2.. pendek kata Apee Pon Tak Bleh!! hairan aku dibuatnya.. Lawak yang dia sampaikan itu ada.. jalan cerita menarik.. tapi orang tak gelak.. aku hairan...??


http://www.ezy4u.org/wp-content/uploads/2011/04/para-juri-maharaja-lawak.jpg


So.. Buat peminat Maharajalawak di Kuantan tunggu aksi mereka minggu depan.. semoga minggu ini menjadi kayu pengkur untuk diorang buat persembahan yang akan datang.. ape pun dalam banyak siri gelanggang maharajalawak.. semalam punya lah paling banyak kamera fokus kat penonton!! aku taw la anak mami semua comel2!! hehehe...



1 comment: