Nuffnang Ads


Monday, June 27, 2011

Sebab kenapa kita perlu boikot Astro..!!



Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini memulakan perang boikot fasa pertama ke atas Stesen TV berbayar negara iaitu Astro.. sedia maklum yang sekarang nie hampir semua rumah memiliki Astro dan tanpa disedari kita sendiri dibebani dengan utang atas angin tanpa sebab bila melanggan Astro..!!

So ape sebab kita perlu boikot Astro..??


http://202.179.118.20/Img/aboutastro/cs_aboutastro.jpg


Siaran Tergendala - Memang penyakit sejak azali jika hujan belum turun lagi servis atau siaran akan tergendala terlebih dahulu sebelum hujan. dan lebih terasa diperbangangkan bila musim hujan menjelma.


Siaran Ulangan - Memang tidak dinafikan ada berbelas rangkaian yang boleh kita tonton dan kita akan lebih rasa bangang bila tengok cerita yang diulang-ulang.. bukan sekali dua.. tapi berkali-kali..!!


Siaran Iklan - Jika pada mula-mula kemunculan Astro di Malaysia mereka cukup bangga dan teruja habis mempromosikan Stesen TV diorang tidak ader Iklan.. tapi sekarang Iklan yang ada lebih kerap berbanding TV3.. dan kita dibangangkan lagi bila waktu Iklan itu plak hampir kesemuanya selaras dengan semua rangkaian yang ada.. ko alih Astro Ria iklan.. Astro Prima pun iklan.. Lahanat!!


Mereka Untung Kite Rentung - Cas bayaran yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal dan boleh mendatangkan marah.. apa perlu cas RM 10 setiap kali penyambungan atau pemotongan dilakukan..?? adakah untuk menekan klik pada papan kekunci bernilai RM 10..?


Rancangan Yang Merosakan Akhlak - Kalau nak dibanggakan dengan program Imam Muda yang mendapat perhatian seluruh dunia.. tapi adakah Program Reality seperti Akademi fantasi elok untuk tontonan hari ini..?? memang ia berbentuk hiburan tapi tidak kita terasa bangang kah bila menonton sambil bayar bil dikala mengundi peserta dengan mengeluarkan duit lagi..??


Talian Astro - Yang ini aku selalu tension.. korang yang tension jugak boleh la rasa marah.. setiap kali Call Khimat pelanggan sekurang-kurangnya RM 5 kredit telipon korang akan terbang free2 jerk.. itu pun nasib kalau call dapat selesaikan masalah.. silap2 dok tekan2.. last2 talian terputus.. cas yang dikenakan pun melampau kalahnya.


Kalau nak disenaraikan keburukanya memang banyak.. silap2 mau habis ink keyboard nie.. ape pun langkah yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia nie memang layak kita sertai.. jangan kita diperbodohkan dengan benda yang tidak patut kita terima.. ibarat menabung hari-hari.. tidak sedar punggung tabung sudah dibolosi..




3 comments:

cintailmu89 said...

sebab dier xder pesaing..tu dier x kisah sangat..

btw,new hupdate>>

http://cintailmu89.blogspot.com/2011/06/trip-to-sarawak-part-1.html

Cik Puan iLa said...

Zaman dulu,siaran tak berbayar boleh tgk jelas (masa astro xde lagi),pastu skrg,bila astro ade,automatik,siaran TV1,TV2,TV3 tak jelas.So,pakcik/makcik kat kg terpaksa langgan astro,semata2 nk dpt siaran yg jelas...pdhal bkn nak sgt pn.Adakah ini suatu taktik mereka utk majukan astro?

Unknown said...

Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
Harga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502