Nuffnang Ads

Thursday, June 23, 2011

Sejarah 39 tahun harimau malaya hanya tinggal selangkah untuk berulang...

http://1.bp.blogspot.com/-k5LpOcrlUCc/TZPuXZISg7I/AAAAAAAAF6I/SVu7t330-6w/s320/undian-malaysia-bolasepak-antarabangsa.png

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad olimpik Harimau Malaya yang telah menumpaskan Lebanon 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.. dengan kemenangan itu ruang untuk melihat skuad bola sepak negara beraksi di gelanggang olimpik untuk tempoh 39 tahun akan berakhir dengan hanya tinggal selangkah lagi.

Menjadi satu-satunya wakil dari benua asia tenggara ke pusingan kelayakan berkumpulan sebelum layak ke pusingan akhir dan beraksi untuk merebut pingat emas olimpik.. bakal menjadi kenyataan jika skuad Harimau Malaya yang diketuai oleh Khairul Fahmi meneruskan kecemerlangan didalam persaingan kumpulan asia hujung tahun nie.


http://1.bp.blogspot.com/_ocSn6I3chhQ/TRiM0hOw6kI/AAAAAAAAANQ/NGtX5HQR3BA/s1600/017017223.jpg



Harapan penyokong Malaysia sangat tinggi dan bukanya omongan kosong.. dan jika Skuad Harimau Malaya berjaya ke Olimpik ini merupakan sesuatu yang amat dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan sekaligus petanda kebangkitan Bola sepak Malaysia di pentas dunia.



http://www.malayatigers.com/cms/content/Ong-Kim-Swee2.jpg 

Harapan Rakyat Malaysia terletak pada Ong Kim Swee.. 


Kalau diikutkan pada saingan yang bakal Harimau Malaya lalui pada peringkat kumpulan asia nanti bukan mudah.. walaupun ianya hanya selangkah tapi laluan mereka amat merbahaya.. dengan kelibat Jepun, Korea, dan Negara Teluk lain sudah pasti membuatkan Harimau Malaya perlu bermain bermati-matian untuk berjaya ke London 2012. 


http://www.arena.my/Portals/0/Football/Asian%20Football/Rajagobal_L.jpg

Maruah Bola Sepak Malaysia terletak pada beliau..


39 Tahun dahulu Harimau Malaya berjaya ke Olimpik Munich 1972 setelah menumbangkan Jepun, Korea adakah sejarah ini bakal berulang..?? semuanya terletak pada pemain-pemain yang akan mengalas beban 24 juta harapan dan penyokong bola sepak Malaysia.

Oh lupe.. Tahniah jugak buat skuad Piala Dunia Malaysia yang berjaya menumbangkan Myanmar di Kota Bharu minggu lepas.. Datuk K.Rajagopal memang terbaik dari padang!!! doa rakyat Malaysia bukan tinggi menggunung untuk membawa pulang Piala Dunia.. cukuplah hanya berada dikalangan 32 Pasukan yang layak ke Piala Dunia sudah cukup membuat seluruh Rakyat Malaysia gembira..

Layan Lagu nie baru la rasa bangga sikit bila dah menang.. hehehe.. jom nyanyi..







4 comments:

Bidor said...

sedap lagu ni..terasa semangat cinta tanah air meningkat

kenshiro said...

hahaha cuba kalah dengar lagu nie.. rasa nak maki2 jerk haha...

rozaini said...

weh aku x nmpk ko kt stadium pon?

kenshiro said...

aku memang tak pergi kot!! hahaha...