
Sape yang tak kenal dengan Tony Fernandes taikun kepada Syarikat Tambang Murah terbesar didunia Air Asia dan Tune Group kini bergelar Tan Sri Tony Fernandes selepas menerima Pingat Setia Mahkota semperna Hari Ulang Tahun Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong hari ni.. Tahniah!! bukan senang nak dapat Pingat Tertinggi dari Yang Dipertua Agong tu.
Ada orang cakap.. kalau ada duit.. ada la Tan Sri.. oh itu macam meh..?/ korang ingat senang-senang jerk kew nak dapat Tan Sri..?? habis ko ingat dia senang-senang kew jadi jutawan..?? hahaha.. pendek akal betul.. bersusah payah juga untuk mendapatkan sebarang pingat dari pemerintah nie.. kelakuan kena baik.. bersih dari semua rekod jenayah dan lain2.. itu belum kerja amal yang perlu dilakukan lagi.
So.. Bila dah dapat Pingat.. ada la sikit keistimewaan yang akan korang dapat seperti dibawah :-
Keistimewaan bagi Penyandang Darjah Kebesaran Persekutuan
Rakyat Malaysia yang telah menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan mempunyai beberapa keistimewaan dan mendapat beberapa kemudahan. Antaranya adalah seperti berikut :-
- Bagi pegawai kerajaan, penganugerahan ini akan ditulis dalam buku rekod perkhidmatan.
- Penyandang boleh menggunakan huruf ringkas darjah kebesaran, bintang atau pingat yang diterimanya, dihubungkan selepas namanya, contohnya
- Penyandang boleh memakai darjah kebesaran, bintang atau pingat yang diterimanya dalam majlis-majlis yang mengkehendaki dia memakainya. Walau bagaimanapun pemakaiannya hendaklah mematuhi tatacara pemakaian yang telah ditetapkan.
- Bagi anggota tentera dan polis, mereka boleh memakai pita bintang dan pingat yang dianugerahkan sebagai sebahagian daripada pakaian seragamnya.
- Seseorang yang telah dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran akan menggunakan gelaran tersebut sebagai tanda penghormatan yang dimiliki. Gelaran-gelaran tersebut ialah :-
Mohd Ali b. Hashim AMN
atau
Ab. Rahman b. Salleh JSM, KMN
No comments:
Post a Comment