Sebelum memulakan cerita.. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat blogger no.1 Malaysia Abg Nara @ Nazuwan Ahmad yang sudah bergelar sang suami. semoga kekal abadi.. dengar citer ramai gak blogger yang hadir di majlis beliau.
Memang time cuti sekolah nie program orang kawin memang padat.. aku saja ader 4 undangan hari ini.. tapi hanya dapat pergi satu jerk.. huhu buat rakan sekelas Azura Jalil aku mintak maaf sebab tak dapat hadir kan diri dimajlis perkahwinan ko.. bukan segaja tak datang tapi ader program lain yang terpaksa aku lalui.
Bercakap pasal Majlis Perkahwinan.. memang tidak sah kalau tak ada cerita disebalik majlis atau selepas majlis.. tambah-tambah golongan mak-mak atau geng-geng rewang.. tak sah kalau tak ader kisah semacam nie :-
Tema
Memang setiap majlis akan ada tema-tema tertentu pada zaman skang nie tak seperti dulu-dulu tak kisah warna apa pun.. janji majlis berjalan dengan lancar.. tapi skang nie.. kalau dah tema nya wana pink jangan katakan pelamin.. sampai ke air minuman pun mesti pink!! nasib baik rendang tak leh nak warna pink.
Cenderahati
Aku lebih suke sebut cenderahati la sebab skang nie orang jarang dah kasi bunga telur.. sebab dah ramai orang kasi cawan.. tuala.. kek batik.. sudu pon ader gak.. tu belum lagi tembikar atau pasu yang comel-comel.. tapi aku tunggu gak la kenduri sape nak kasi kelainan.. cam henpon kew.. ipad kew kepada tetamu.. wakakaka...
Menu
Nie memang popular.. kalau di majlis kawin mesti orang akan datang untuk makan.. yerla makan free kot.. dah2 tentu nya menu akan menjadi persoalan pertama untuk korang fikirkan melainkan pengantin.. kalau kena menu yang gempak dan sedap memang berbaloilah.. tapi bile kena tang menu atau masakan yang tak sedap.. sampai seminggu lepas majlis korang dok bising cakap tak sedap..
Pelamin
Nie lagi satu yang orang teruja nak tengok.. apa macam bentuk pelamin sesuatu majlis tu.. tak sah kalau tak tengok pelamin.. kadang-kadang tu pujian lebih kepada pelamin lebih daripada pengantin.. hahaha...
Pengantin
Yang nie memang sudah tentu la sebagai penyebab majlis.. kalau tidak tak lah dipanggil kenduri kahwin kan.. kena lak waktu bersanding.. memang mata semua orang akan memandang ke arah pengantin.. kalau secocok tu orang senyum lah.. siap puji2 lagi kat tuan umah.. cuba tak cocok.. muke blurr habis jerk.. macam datang makan kenduri umah musuh pun ade.. hahaha... tak cukup kat situ sampai ke rumah berterusan plak gosiip pasal pengantin tak sepadan!!
Wang Hantaran
Wang hantaran nie memang semua orang nak tahu.. tapi bukan semua orang boleh tahu.. kecuali yang betul2 tak taw malu yang akan korek rahsia kat saudara mara terdekat pasal hantaran.. aku rasa next time kena tulis kat kad undangan tu wang hantaran berapa di majlis tu gamak nyer.. baru orang puas hati...
Kad Undangan
Kad undangan pun macam2 bentuk dah skang nie.. yerla.. bila zaman dah berubah macam-macam cara orang akan cuba untuk menampakan majlis itu lain daripada yang lain.. kadang-kadang kos untuk buat kad tu pun dah dekat sama dengan wang hantaran.. hahaha...
Duit Salam
Aku tak sure nak sebut apa nie.. tapi ini selalu la dilakukan bila salam dengan tuan rumah kita akan beri sedikit sebanyak yang boleh kepada tuan rumah.. kire duit makan la nie erk.. lepas makan hulur la.. tapi jangan plak ko datang sampai 10 orang hulur RM 5 !! walaupun tuan rumah tu tak taw yang ko kasi RM 5 haha.. yang lebih takl boleh bla.. siap nak taw plak jumlah kutipan di majlis berkenaan tu! wakakaka...
Itu sebahagian cerita2 bila ader kenduri kawin.. kalau nak diceritakan memang banyak.. mau 200 episode tak habis.. apa pun benda-benda ini sebenarnya memeriahkan majlis.. kalau orang datang pastu wat dono jerk.. tak meriah gak majlis tu..
Orait.. yang naik pelamin hari ini.. selamat pengantin baru yeah!!
No comments:
Post a Comment